Prinsip Desilo no.2: Paradigma-Paradigma Pembaraian yang Saling Memperkukuh

Prinsip 2

Keretakan utama yang menghalang pengembangan potensi manusia bukanlah dihasilkan oleh satu mekanisme tunggal, tetapi oleh beberapa paradigma pembaraian dan siloisasi yang saling memperkukuh antara satu sama lain. reduksionisme membaraikan realiti kepada bahagian-bahagian yang terpisah, lalu menggumpalkan pengetahuan tentangnya ke dalam silo-silo yang terasing; saintisme mengangkat bentuk pengetahuan yang telah disempitkan itu sebagai piawaian pengetahuan yang dominan atau eksklusif; manakala managerialisme, bersama-sama birokrasi melampau yang semakin terpisah daripada tujuan asalnya, menginstitusikan andaian-andaian tersebut dalam amalan pendidikan dan organisasi.

Reduksionisme membaraikan realiti kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil, kemudian mendorong pengetahuan tentang bahagian-bahagian tersebut dikumpulkan ke dalam silo-silo yang terasing.

Saintisme seterusnya mengangkat bentuk pengetahuan yang telah disempitkan itu sebagai piawaian pengetahuan yang dominan, malah kadangkala sebagai satu-satunya bentuk pengetahuan yang sah. 

Managerialisme pula, bersama-sama birokrasi berlebihan yang semakin terpisah daripada tujuan asalnya, menginstitusikan andaian-andaian tersebut melalui sistem pendidikan, pentadbiran dan organisasi.

Apabila mekanisme-mekanisme ini beroperasi secara serentak, pembaraian tidak lagi sekadar menjadi kaedah analisis, tetapi berkembang menjadi suatu struktur pemikiran dan amalan yang memisahkan pengetahuan daripada makna, tujuan dan keseluruhan realiti.


Huraian

Pemikiran moden, dengan label sekularisme, kolonialisme, liberalisme telah jelas ditolak oleh golongan Yang menentang modenisme. Namun Kita lihat diserata dunia, diceruk mana sekalipun manifestasi kesan buruk modenisme tetap jua muncul.

Yang tidak disedari, ialah bagaimana modenisme termanifestasi Dalam tamadun dunia. Ia tidak perlu masuk melalui label terbitan seperti diatas, cukup hanya melalui mekanisme tertentu Yang kelihatannya sangat neutral.perkataan seperti kecekapan, kemajuan, pertumbuhan, kebolehpercayaan, telah di susupi oleh dasar modenisme. Dan tanpa disedari dengan menggunakan terma2 ini berdasarkan takrif modenisme, kesan Yang Sama akan terjelma.

Reduksionisme, kaedah asas dalam pemikiran sains, diamalkan melalui penurunan (reduksi) makna kepada bentuk yang boleh diukur, nilai manusia di letak dalam kecekapannya menghasilkan metric2 tertentu. Kadangkala keupayaan mengumpul harta menggantikan makna nilai manusia. sebagai seorang yang 'berguna' 

Saintisme bukanlah sains, tetapi ketaksuban terhadap sains sehingga kaedah sains dianggap sebagai ukuran utama, malah kadangkala satu-satunya ukuran, bagi menentukan pengetahuan yang sah. Kecenderungan ini menjadi semakin jelas pada abad ke-19 melalui positivisme Auguste Comte. Comte berusaha memperluaskan pendekatan yang digunakan dalam sains alam kepada kajian masyarakat dan tingkah laku manusia, dengan harapan bahawa kehidupan sosial juga dapat dikenal pasti hukum-hukumnya secara sistematik.

Masalahnya bukan pada penggunaan kaedah saintifik untuk memahami manusia. Masalah timbul apabila manusia mula dianggap seolah-olah keseluruhan dirinya boleh diterangkan melalui apa yang dapat diperhatikan, diukur dan diramal. Dimensi seperti makna, nilai, moral, pengalaman batin dan transendensi kemudiannya mudah tersisih kerana tidak tunduk kepada kaedah pengukuran yang sama.

Dari perspektif Desilo, di sinilah reduksionisme mula diperkuat oleh saintisme: apa yang pada asalnya hanyalah satu kaedah untuk mengetahui, perlahan-lahan dinaikkan menjadi penentu kepada apa yang dianggap boleh diketahui.

Managerialisme bukanlah pengurusan itu sendiri, tetapi kecenderungan mempercayai bahawa kehidupan manusia dan institusi dapat diurus dengan berkesan melalui sistem, prosedur, sasaran, ukuran dan kawalan yang dirancang secara rasional. Dalam managerialisme, perkara yang kompleks perlu diterjemahkan kepada sesuatu yang boleh ditetapkan, diukur, dibandingkan dan dipantau.


Di sinilah managerialisme berkait rapat dengan reduksionisme dan saintisme. Reduksionisme terlebih dahulu mengecilkan realiti yang kompleks kepada beberapa pemboleh ubah atau indikator. Saintisme kemudian memberikan keyakinan bahawa apa yang telah diukur itu merupakan pengetahuan yang objektif dan boleh dipercayai. Managerialisme mengambil hasil tersebut lalu menjadikannya asas kepada tindakan: KPI ditetapkan, prestasi dibandingkan, sasaran dibina, prosedur diwujudkan dan manusia disusun supaya memenuhi ukuran tersebut.

Masalahnya bukan pada KPI, pengukuran atau pengurusan itu sendiri. Masalah bermula apabila alat mengambil tempat tujuan. Pendidikan, misalnya, mempunyai tujuan yang jauh lebih luas daripada pencapaian indikator. Namun apabila indikator menjadi penentu utama kejayaan, institusi perlahan-lahan mengubah tingkah lakunya untuk memenuhi ukuran tersebut. Apa yang mudah diukur mendapat perhatian, sedangkan perkara yang sukar diukur—hikmah, adab, makna, hubungan, kreativiti dan kemanusiaan—semakin tersisih.

Dengan itu, managerialisme merupakan mekanisme yang membolehkan reduksi pemikiran diterjemahkan menjadi struktur kehidupan. Reduksionisme mengecilkan realiti; saintisme memberikan autoriti kepada realiti yang telah dikecilkan itu; managerialisme kemudian mengurus dunia berdasarkan gambaran yang telah dikecilkan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Tragedi Bidang Kemanusiaan yang Meniru Bidang Sains

When Research Optimises the Wrong Future: Toward an Order-Based Taxonomy of Inquiry

Menilai Semula Taksonomi Bloom melalui konsep Ta'dib Syed Naquib dan Psikologi Individu Alfred Adler.