Posts

Showing posts with the label akademia

SDG 17: Satu lagi pembaraian minda di Universiti.

Terkini, kerajaan, universiti dan lain2 agensi sangat memberi tumpuan dan minat kepada SDG17. (sustainable Delevopment Goals 17) Seolah2 ia perkara baharu yang akan membawa negara dan masyarakat kearah yang lebih sejahtera dan mapan. Walaupun sebenarnya ke 17 perkara ini memang sudah sekian lama menjadi isu dan selalu menjadi perhatian. Kini SDG17 dicanangkan sebagai suatu pendekatan global yang menyeluruh, seluruh dunia sedang menggunapakai pendekatan ini dalam pengurusan, pendidikan, penyelidikan dan segala macam inisiatif lain. Ianya cantik, ada 17 bidang yang setiap pakar atau pengkaji sekurangnya mempunyai kepakaran dalam sekurang2nya satu atau dua sektor. Universiti berlumba2 memaparkan poster2 dengan kotak2 yang bersesuaian untuk menunjukkan ‘tujahan’ atau pun kepakaran masing2, dan fakulti2 pula berlumba2 memilih kotak yang dirasakan merekalah yang akan menjuarainya. Mengapa tidak? Senang bukan? Sekarang pakar tenaga boleh menjadi wira kelestarian. Pakar ekonomi juga boleh menj...

Menghapuskan Kanser Pemikiran Di Pendidikan Tinggi (dan banyak perkara lain juga)

Image
Foto: Pinterest @nyadversary Permasalahan Dunia di era RI4.0 dan pasca pandemik sangat bergejolak dan tidak terduga. Pendekatan saintifik yang bersifat reduksionis yang meminggirkan faktor2 yang tidak mampu diukur akan menyebabkan sebarang penyelesaian bersifat cetek, singkat dan mudah terbarai. Manusia dilihat seperti jentera yang boleh dibaraikan dan setiap bahagian dicanai satu persatu, tanpa memikirkan jiwa yang parah dek pembaraian tersebut. Ini adalah kerana faktor yang memacu tindak tanduk masyarakat sangat banyak, berbagai, berubah2, disamping sangat rumit untuk dijangka. Pendekatan saintifik konvensional tidak lagi mampu menjangka perubahan dan transformasi masyarakat, alam dan teknologi yang begitu pantas berubah dan saling mengubah antara satu sama lain.  Paradigma reduksionisme dan mekanistik sangat berguna untuk pengurusan kilang, atau di dalam bidang perubatan contohnya. Namun, tidak seperti keberkesanannya dalam pengurusan kilang dan perubatan, pendekat...

Keperluan Pendekatan Sistemik Dalam Menjayakan Agenda Kampus Lestari

Image
Gambar hiasan. (Sumber:archdaily.com) Dalam usaha menghijaukan atau melestarikan pembangunan kampus, hampir semua universiti mempunyai inisiatif dan strategi pembangunan hijau masing2. Banyak program yang diusahakan dan inisiatif di ambil dalam mencapai objektif ini. Namun dari segi keberkesanan dan kemapanan inisiatif ini, usaha2 ini belum mencapai tahap yang diingini.  Artikel ini menekankan tentang keperluan sistemik yang boleh membantu ataupun sekiranya tak diendahkan, akan membantutkan inisiatif kampus hijau atau lestari. Antara perkara yang sering menjadi masalah adalah antaranya ketidakseimbangan penekanan aspek kelestarian kampus dan inisiatif kelestarian yang tidak berkesinambungan mahupun berkesan. Seterusnya artikel ini akan menekankan kepentingan pendekatan sistemik dalam mengatasi ke dua dua masalah ini. 1.        Usaha yang tidak seimbang di antara kriteria kelestarian. Usaha melestarikan kampus merangkumi bidang yang sang...