Posts

Showing posts from February, 2023

Ketandusan makna di universiti: Kesilapan PAKAR lebih merbahaya dari kesilapan perlaksanaan

Dalam perbincangan kemelut ketandusan "makna" di menara gading. Jarang kita ingin melihat masalah sistem yang ada, kerana kita andaikan sistem yang ada telah dibina oleh "pakar". Mungkinkah segala masalah ini berpunca dari kesilapan "pakar"?. Semalam tonton dokumentari tentang kapalterbang Lion Air yang terhempas di indonesia pada 2018, membunuh kesemua 181 orang di dalamnya. Semasa siasatan, segala aspek diselidiki, dari kelayakan pilot, aspek latihan, kelemahan pengurusan dsb, KECUALI, masalah pesawat. Kenapa? Kerana pesawat itu di buat oleh BOEING,  syarikat yang "pakar" dalam pembuatan kapal terbang. Ternyata selepas segala aspek diselidiki, akhirnya terbukti ia adalah kesalahan Boeing, pakar dalam pembuatan pesawat udara. Setelah itu barulah Boeing membaiki masalah itu. Bayangkan sekiranya Boeing enggan mengaku, dan terus dengan sistem yang sama, tentunya tragedi akan berulang. Andaian bahawa sesuatu masalah tak mungkin berpunca dari kesilap