AI berpotensi membantu manusia kembali menjadi manusia.
Kita takut AI akan menjadi seperti manusia. Tapi mungkin kita terlupa satu perkara: Manusia sudah lebih 200 tahun dipaksa menjadi seperti mesin. Sejak Revolusi Industri, manusia dipecah-pecahkan mengikut fungsi supaya lebih produktif dan efisien. Dulu seorang tukang tahu membuat sebuah kerusi—daripada memilih kayu, memotong, menyambung, mengukir sehingga siap. Kemudian datang kilang. Kerja itu dipecahkan. Seorang pekerja mungkin sepanjang hari cuma memasang satu skru pada kaki kerusi. Dia menjadi sangat cekap memasang skru. Tapi dia sudah tidak tahu membuat kerusi. Begitulah manusia moden. Kita menjadi pakar kepada cebisan-cebisan kecil kehidupan. Kita mengejar KPI, mengisi borang, menyediakan laporan, memasukkan data, menghadiri mesyuarat, mengejar produktiviti. Kita panggil manusia sebagai "human resource". Sumber. Sama seperti sumber kewangan, sumber bahan mentah dan sumber tenaga. Kemudian datang AI. Kita takut AI akan mengambil kerja manusia. Saya pula tertanya-tanya: Ba...