Kezaliman Nenek Moyang Punca Ketidakadilan Pasaran Bebas Moden
Bayangkan di sebuah kampung terdapat seorang peniaga cempedak yang menguasai pasaran kerana mampu menawarkan cempedak pada harga yang jauh lebih murah daripada pesaingnya. Dia mampu berbuat demikian kerana memiliki ladang seluas 100 ekar. Pengeluaran dalam skala yang besar membolehkannya menikmati kelebihan ekonomi skala, menurunkan kos dan seterusnya menjual dengan harga yang lebih murah. Penduduk kampung tentunya mendapat manfaat kerana dapat membeli cempedak pada harga yang rendah. Namun pada masa yang sama, penanam-penanam cempedak kecil dalam kalangan orang kampung tidak mampu bersaing dengan harga tersebut. Sedikit demi sedikit mereka kehilangan pelanggan dan akhirnya terpaksa gulung tikar. Apabila cempedaknya memasuki pasaran, tiada apa yang salah dengan harga murah yang ditawarkannya. Malah penduduk kampung mendapat manfaat kerana dapat membeli cempedak yang lebih murah. Dari sudut mekanisme pasaran, keadaan ini rasional dan adil. Namun ada satu persoalan lain yang boleh kita t...