Posts

Showing posts from July, 2021

Mengembalikan Nilai Insan Dalam Pendidikan Bidang Kemanusian

Image
Klip video ini sangat tepat menggambarkan krisis ilmu dalam bidang kemanusiaan (falsafah, seni, senibina, kemasyarakatan, perundangan, sejarah dll) yang terlalu banyak meminjam kerangka epistemologi bidang sains. Klip dari filem "Dead Poet Society", dibintangi oleh Robin Williams. Bahkan, cara Mr Keating (William) menyampaikan mesej ini sangat memberi kesan dengan menyuruh pelajar2 mengoyakkan mukasurat tersebut. Ia mesej yang mencabar emosi, bukan setakat lontaran kognitif sahaja. Pastinya seumur hidup pelajar akan mengenang insiden ini dan merenung kembali nilai mesej ini. Saksikan klip singkat ini. Klik  disini .

Bicara Ilmiah: Pengaruh Paradigma Bidang Sains ke Atas Disiplin Kemanusiaan yang Mengikis Nilai Ilmu.

Saya terjumpa satu video youtube yang menyenaraikan saranan Schopenhauer, seorang ahli sejarah terkenal tentang pembacaan. Link Videonya di Sini.  SCHOPENHAUER: The Art of Not Reading (6 Rules for Reading) Apa yang menarik pada saya ialah salah satu saranan agar perlunya pembacaan hasil penulisan penting atau dalam bahasa inggeris 'seminal works". Ini satu saranan yang perlu dipertimbangkan kerana kerisauan yang saya lihat hari ini ialah dimana bidang ilmu kemasyarakatan dan kemanusiaan (politik, pendidikan, perundangan, ekonomi, sejarah, sastera, seni dan sebagainya) semakin melupakan perkara penting ini.  Pendekatan mengkaji semula penulisan penting ini tidak boleh dianggap enteng. Terutama bidang2 ilmu sosial dan kemanusiaan. Inilah kaedah untuk kita faham cabang dan ranting ilmu yang tiba hari ini. Namun pengaruh sains tulin hari ini menjadi tren dimana rujukan terkini menjadi keutamaan, sedangkan penemuan ataupun pendapat baharu dari penulisan terkini itu mungkin di hujun