Posts

Showing posts from 2017

Permohonan Naik pangkat Universiti Awam dah jadi macam buat PhD sekali lagi.

Setelah bertahun bekerja, mulalah terfirkir kena mohon naik pangkat. dah bertahun bekerja, berhempas pulas untuk organisasi, untuk naik pangkat kena mohon, kena bermati2an sekali lagi buktikan atas kertas bahawa anda telah menjalankan tanggungjawab sedaya upaya anda. BErtahun berdiri depan pelajar, bermesyuarat sana sini, hantar artikel etc, tu semua tak bermakna kalau tak tulis atas kertas. Maka carilah maklumat macamana nak naik pangkat. Berbagai borang sana sini klik, dekat 40 minit klik sana sini barulah jumpa. dah download. TUJUH muka surat!!  TUJUH muka surat hanya untuk menerangkan prosedur sahaja. Belum borang2nya lagi...  Baiklah, dah download prosedur. Lepas tu kena download scorecard, belum borang permohonan lagi ya. SCorecard, untuk isi markah,letak nombor, no feeling, just nombor. tahu berapa muka surat? 10 MUKASURAT!!!! Hanya untuk isi markah. Kalau ini tak cukup markah, jangan harap nak berjumpa dengan sesiapa untuk mpohon pertimbangan. Hantar kat pendaftar, kerani

Lakaran Kuala Lumpur

Image
Meronda dan MElakar Kuala Lumpur pada 6hb Ogos 2017

Buku tentang senibina Rumah Melayu - dalam bentuk Puisi - RUMAH

Image
Dato Ar Dr Ken Yeang, tokoh dalam senibina klimatik antarabangsa; telah membaca puisi RUMAH iaitu karya Tenas Effendy tentang budaya melayu yang berlatarkan berbagai aspek rumah tradisi Melayu sebagai ikon budaya melayu. Tertarik dengan tulisan itu, Ar Ken yeang sendiri telah mengusahakan penterjemahan puisi tersebut ke dalam Bahasa Inggeris. Saya mencadangkan agar semua pelajar senibina membaca buku ini dan mentafsir bagaimana sebuah senibina boleh menjadi terjemahan falsafah hidup, bahkan penyelesaian persekitaran yang baik. Anda juga akan belajar berpuluh-puluh terma binaan, dan prinsip binaan yang ada di dalam senibina rumah Melayu. Satu contoh - Saya sering mengingatkan pelajar saya supaya berhati2 apabila Bangunan yang di reka, menghadap Barat. Terjumpa puisi ini di dalam buku tersebut.. "Kalau rumah mengadap barat, Bagai lesung batu tidak beranak, Lada ada, sambal tak lumat, garam sebuku, tak tergiling" ...spot on Prakata oleh Dato Lat. Ilustrasi Ahmad Harun

Universiti Mengejar ranking, sarjana mengejar KPI, masyarakat hentam keromo.

Dipetik dari FB posting di internet... ---------------------------------------------------------------------- Universiti mengejar ranking, sarjana mengejar KPI, masyarakat hentam keromo. Apa peranan universiti sebenarnya ya? Pendapat saya yang paling penting ialah mendidik masyarakat supaya lebih berilmu, dan kemudiannya menghasilkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi Sepatutnya apa yang keluar dari unversiti adalah pengetahuan yang mendidik masyarakat menjadi lebih baik dan maju. Samada dalam bentuk penulisan ataupun dalam bentuk sumber manusia yang berkemahiran dan berpotensi menjadi ejen perubahan negara dan dunia. Tetapi kita lihat kebanyakan yang masyarakat Malaysia baca adalah berita dan maklumat yang datang dari berbagai sumber, DAN kebanyakannya bukan dari universiti. Mana kah tulisan2 berilmu dari universiti? jawabnya banyak terkumpul di dalam majalah2 akademik berprestasi tinggi yang tak mampu di baca oleh orang awam, Bahkan sarjana dari bidang yang lain pun tak

Mini Hidro teratak Semai: Ujian percubaan

Image
Pada 21hb Oltober yang lalu, kami yang terdiri dari saya dan Pasukan dari Fakulti Keuruteraan UPM yang diketuai Prof Dr Norhisham Misron telah pergi ke Kampung batu 16 untuk mendapatkan beberapa data penting untuk membangunkan cadangan pembinaan Mini Hidro di bawah program Teratak Semai. Kami bergerak dari Kuala Lumpur sekitar jam 7.45 pagi dan berhenti di RNR Tapah sebelum masuk ke Tapah. Setibanya di Tapah, kami singgah di Pekan tapah dahulu untuk menguruskan pengangkutan Paip getah 3 inci sepanjang 50 Meter dari Kedai Seng Kee. Getah 3 inci sepanjang 50 meter Bahagian atas sungai dipasang tangki tadahan Turbin generator unit di bahagian bawah, Air memasuki tangki tadahan PEmaangan paip getah ke unit turbin Dr Norhisham mengambil bacaaan voltan yang terhasil