Posts

Showing posts from April, 2026

Syarahan: Taksonomi Bloom dan OBE: Manifestasi Reduksionisme Liar dalam Pendidikan

Mengapa Falsafah Pendidikan Negara (PFN) gagal menghasilkan insan berkualiti yang mampu membawa negara kearah yang lebih baik. Ini adalah kerana walaupun FPN pada dasarnya bersifat murni, seimbang dan holistik, damun dalam pengoperasian, teknokrat (dalam artikel ini khusus tertuju kepada para pendidik, penggubal pendidikan bahkan para sarjana pendidikan) menggunakan sistem, proses dan kaedah yang membawa falsafah yang sama sekali berbeza. Percanggahan antara falsafah dasar dan falsafah operasi telah saya gambarkan dalam syarahan saya sebelum ini, Iaitu terdapat jurang antara failasuf dan sang teknokrat. teknokrat mengambil kaedah dan mekanisma perlaksanaan pendidikan yang diimpot dari pemikiran moden, yang mempunyai dasar falsafah yang berbeza dan oleh kerana itu, tanpa disedari, falsafah dasar yang murni hilang lenyap apabila kaedah perlaksanaan yang berdasarkan falsafah yang berbeza digunapakai. Apabila sirap dihidangkan dengan garam, ia tidak lagi manis, tetapi masin. Bayangkan, seo...

"Berikan Saya Parameter": Kisah krisis keilmuan dikalangan sarjana negara.

"Berikan saya parameter.." Beberapa tahu dahulu, didalam suatu perbincangan maya, isu kemunduran sistem pendidikan nasional menjadi topik perbincangan. Antara persoalan yang timbul, bagaimana kita memastikan kualiti pendidikan meningkat. Lalu seorang profesor mencelah, "berikan saya parameter yang terlibat, saya akan beritahu jawapannya"*. Ini boleh memberi tafsiran bahawa negara sedang mengalami krisis intelektualisme yang berat. Apabila seorang ilmuan meminta 'parameter' untuk diselesaikan dengan satu kaedah yang dia mahir, sebenarnya dia meletakkan dirinya ke status algoritma sahaja, menunggu input untuk menghasilkan output berdasarkan algoritma yang telah dipilih. Apatah lagi, pada hari ini, 2026, pengoperasian algoritma tidak perlukan kebijaksanaan seorang manusia, ilmuan seperti ini dengan mudah boleh digantikan dengan AI yang lebih pantas dan cekap menghasilkan jawapan melalui algoritma. Seorang Ilmuan, apatah lagi yang bertaraf profesor, sepatutnya s...

Apabila Jambatan Menjadi Saluran: Tragedi penulisan C. P. Snow dalam membawa saintisme ke arus perdana intelektualisme.

Pada tahun 1959, The Two Cultures and The Scientific Revolution , tulisan C.P. Snow, disampaikan dengan satu niat yang jelas: menjjadi jambatan penghubung jurang antara saintis dan sarjana kemanusiaan. Snow melihat dunia intelektual terbelah dua — satu memahami hukum termodinamik, satu lagi memahami Shakespeare — tetapi kedua-duanya gagal berkomunikasi. Dalam konteks pasca-perang, beliau menganggap jurang ini sebagai halangan kepada kemajuan manusia. Namun sejarah jarang tunduk kepada niat asal penulisnya. Apa yang menarik bukan apa yang Snow katakan, tetapi bagaimana tulisannya kemudian digunakan. Dalam usaha merapatkan jurang, Snow secara halus meletakkan sains sebagai rujukan utama kemajuan. Walaupun beliau tidak secara eksplisit mendakwa keunggulan epistemologi sains, struktur hujahnya memberi gambaran bahawa dunia masa depan memerlukan “literasi saintifik” sebagai asas — manakala kemanusiaan kelihatan tertinggal, bahkan hampir defensif. Di sinilah kesan tidak langsung bermula. Dal...