Posts

Showing posts from August, 2017

Lakaran Kuala Lumpur

Image
Meronda dan MElakar Kuala Lumpur pada 6hb Ogos 2017

Buku tentang senibina Rumah Melayu - dalam bentuk Puisi - RUMAH

Image
Dato Ar Dr Ken Yeang, tokoh dalam senibina klimatik antarabangsa; telah membaca puisi RUMAH iaitu karya Tenas Effendy tentang budaya melayu yang berlatarkan berbagai aspek rumah tradisi Melayu sebagai ikon budaya melayu. Tertarik dengan tulisan itu, Ar Ken yeang sendiri telah mengusahakan penterjemahan puisi tersebut ke dalam Bahasa Inggeris. Saya mencadangkan agar semua pelajar senibina membaca buku ini dan mentafsir bagaimana sebuah senibina boleh menjadi terjemahan falsafah hidup, bahkan penyelesaian persekitaran yang baik. Anda juga akan belajar berpuluh-puluh terma binaan, dan prinsip binaan yang ada di dalam senibina rumah Melayu. Satu contoh - Saya sering mengingatkan pelajar saya supaya berhati2 apabila Bangunan yang di reka, menghadap Barat. Terjumpa puisi ini di dalam buku tersebut.. "Kalau rumah mengadap barat, Bagai lesung batu tidak beranak, Lada ada, sambal tak lumat, garam sebuku, tak tergiling" ...spot on Prakata oleh Dato Lat. Ilustrasi Ahmad Harun