Posts

Showing posts from September, 2021

Menghapuskan Kanser Pemikiran Di Pendidikan Tinggi (dan banyak perkara lain juga)

Image
Foto: Pinterest @nyadversary Permasalahan Dunia di era RI4.0 dan pasca pandemik sangat bergejolak dan tidak terduga. Pendekatan saintifik yang bersifat redaksionis yang meminggirkan faktor2 yang tidak mampu diukur akan menyebabkan sebarang penyelesaian bersifat cetek, singkat dan mudah terbarai. Manusia dilihat seperti jentera yang boleh dibaraikan dan setiap bahagian dicanai satu persatu, tanpa memikirkan jiwa yang parah dek pembaraian tersebut. Ini adalah kerana faktor yang memacu tindak tanduk masyarakat sangat banyak, berbagai, berubah2, disamping sangat rumit untuk dijangka. Pendekatan saintifik konvensional tidak lagi mampu menjangka perubahan dan transformasi masyarakat, alam dan teknologi yang begitu pantas berubah dan saling mengubah antara satu sama lain.  Paradigma redaksionisme dan mekanistik sangat berguna untuk pengurusan kilang, atau di dalam bidang perubatan contohnya. Namun, tidak seperti keberkesanannya dalam pengurusan kilang dan perubatan, pendekatan r