Posts

Showing posts from November, 2021

Desakan Kebolehpasaran Siswazah hanya Menyusutkan Nilai Universiti.

Image
(Sumber foto: english.com) Sering terdengar pentadbir Universiti melaungkan slogan "kebolehpasaran graduan". Pada hemat saya, ini suatu amalan songsang yang perlu dihentikan. Ia serupa memaksa pelajar jurutera memfokus kepada kemahiran memandu sedangkan sepatutnya mereka belajar tentang enjin dan kejuruteraannya. Sekali2 tidak dinafikan, bahawa negara perlu membangunkan sektor pendidikan dan latihan dalam membina kebolehpasaran generasi baharu yang melangkah ke alam pekerjaan, tetapi tempatnya BUKANLAH di universiti. Selojiknya, kalau mahu cemerlang dalam "pasar(an)", pergilah belajar di pasar(industri),  Tidak pelulah menghabiskan masa 4 tahun di universiti yang pengajarnya bukan orang pasar(industri) pun. Bayangkan, antara skil2 kebolehpasaran ini sangat mudah, kemahiran komunikasi, menulis surat rasmi, menggunakan ict, menulis minit mesyuarat, menggunakan perisian2 tertentu, berbahasa dengan cekap, matang dalam komunikasi. Sebahagiannya boleh diperolehi melalui k