Posts

Showing posts from May, 2026

Tragedi Bidang Kemanusiaan yang Meniru Bidang Sains

Image
Baru-baru ini saya membaca sebuah tesis akademik tentang kesan negatif humanisme0 terhadap tamadun.. Topiknya besar. Ia bercakap tentang manusia, sejarah idea, perubahan tamadun, pembentukan nilai, dan bagaimana humanisme mempengaruhi dunia moden. Tetapi semakin saya membaca, semakin timbul rasa janggal.Bukan kerana hujahnya lemah. Bukan kerana penulisnya tidak bijak. Tetapi kerana hampir seluruh rangka hujahnya berdiri di atas rujukan derivatif—kebanyakannya tesis pascasiswazah dan artikel pasca tahun 2000. Saya mencari nama-nama besar yang menjadi akar kepada perbincangan itu. Saya mencari suara asal yang membentuk tradisi yang sedang dibincangkan. Tetapi yang saya jumpa ialah suara yang bercakap tentang suara yang bercakap tentang suara. Dan tiba-tiba saya sedar: mungkin masalah ini bukan masalah tesis itu semata-mata. Mungkin ini gejala yang lebih besar. Mungkin ini tragedi ilmu kemanusiaan hari ini. Dalam sains, obsesi terhadap penemuan terbaharu itu masuk akal. Jika seseorang men...

ENAM BELAS: KISAH UNTA DAN TALI

Image
Semakin tinggi pengkhususan ilmu, semakin sempit kebijaksanaan manusia. Seorang pemilik unta datang bertemu seorang pembuat tali di padang pasir. Katanya, “Aku perlukan tali yang baik untuk mengikat untaku yang akan minum dikolam sana, agar ia tidak terlepas dan sesat di padang pasir.” setelah itu pemilik unta pun pulang. Pembuat tali itu sangat mahir. Tangannya cekap. Simpulannya kuat. Ukurannya tepat. Dia pun mengikat unta tersebut pada sebatang pokok dengan talinya.   Tetapi esoknya, pemilik unta datang semula dengan wajah kecewa. “Tali engkau terlalu pendek,” katanya. “Untaku tidak dapat minum di kolam berhampiran walaupun hanya beberapa hasta dari tempat ia diikat.” Lalu pembuat tali itu menjawab dengan tenang: “Kepakaranku adalah membuat tali. Bukan mengurus unta.” Di situlah seluruh penyakit intelektual moden tersembunyi. Pembuat tali itu sebenarnya tidak gagal dalam bidangnya. Tali itu kuat. Simpulannya baik. Fungsi teknikalnya sempurna. Jika diukur dengan standard pr...

Bagaimana Edinburgh Abad ke-18 Mengubah Dunia Secara Drastik, Sedangkan Universiti Moden Tidak

Image
  "Seorang pedagang boleh berhujah dengan seorang ahli falsafah; seorang ahli geologi boleh dicabar oleh seorang ahli undang-undang" Bagaimana mungkin sebuah bandar kecil seperti Edinburgh pada abad ke-18 mampu mengubah dunia secara begitu drastik? Persoalan ini membawa kita kepada kekuatan luar biasa Scottish Enlightenment—bukan semata-mata pada kehebatan individu seperti David Hume, Adam Smith, dan James Hutton, tetapi pada ekologi sosial yang memungkinkan pertembungan idea berlaku secara terbuka, berterusan, dan merentas batas disiplin serta kelas. Di sinilah sebuah kota kecil menjadi pusat perubahan global—kerana ia memiliki ruang untuk berfikir bersama. Scottish Enlightenment memberi asas penting kepada dunia moden melalui tiga teras utama: empirisisme, kapitalisme, dan sains moden. Pemikiran David Hume mengukuhkan pendekatan empirikal berasaskan pengalaman dan pemerhatian, Adam Smith membentuk asas kapitalisme melalui teori pasaran bebas, manakala James Hutton menyumban...