Posts

Showing posts from 2024

Ilmu Rentas Disiplin: Dimanakah ia di Pengajian Tinggu?

 Keperluan ilmu rentas disiplin menjadi keutamaan perbincangan ilmiah dewasa kini. Ini kerana disedari bahawa ilmu yang terlalu khusus sesuatu bidang tidak dapat memberi sumbangan bermakna kepada dunia nyata. Seharusnya lebih banyak wacana ilmu rentas disiplin berlaku di universiti. Tapi apakah yang kerap dibincangkan oleh ilmuan pelbagai bidang ini bila ada diskusi rentas disiplin? Jika diteliti, ianya bukanlah wacana ilmu untuk menyelesaikan masalah dunia nyata, tetapi kebanyakannya lebih kepada perkara2 pengurusan, teknik dan strategi untuk meingkatkan produktiviti universiti dan status universiti. Ia lebih bersifat kepentingan diri (diri disini bermaksud kepentingan universiti itu sendiri dan tidak menjurus kepada kepentingan masyarakat) Contoh wacana rentas disiplin yang terjadi di universiti ialah, "kaedah mendapatkan geran antarabangsa, teknik menerbitkan di makalah berimpak tinggi, cara menulis kurikulum, cara menggunakan portal2 yang sekian banyak dan lain lain isu yang b