Menghapuskan Kanser Pemikiran Di Pendidikan Tinggi (dan banyak perkara lain juga)

Foto: Pinterest @nyadversary

Permasalahan

Dunia di era RI4.0 dan pasca pandemik sangat bergejolak dan tidak terduga. Pendekatan saintifik yang bersifat redaksionis yang meminggirkan faktor2 yang tidak mampu diukur akan menyebabkan sebarang penyelesaian bersifat cetek, singkat dan mudah terbarai. Manusia dilihat seperti jentera yang boleh dibaraikan dan setiap bahagian dicanai satu persatu, tanpa memikirkan jiwa yang parah dek pembaraian tersebut. Ini adalah kerana faktor yang memacu tindak tanduk masyarakat sangat banyak, berbagai, berubah2, disamping sangat rumit untuk dijangka. Pendekatan saintifik konvensional tidak lagi mampu menjangka perubahan dan transformasi masyarakat, alam dan teknologi yang begitu pantas berubah dan saling mengubah antara satu sama lain. 

Paradigma redaksionisme dan mekanistik sangat berguna untuk pengurusan kilang, atau di dalam bidang perubatan contohnya. Namun, tidak seperti keberkesanannya dalam pengurusan kilang dan perubatan, pendekatan redaksio-mekanistik dalam sistem pendidikan tinggi (juga mana2 ekosistem yang berfungsi membina insan) telah banyak mempunyai impak negatif. Antara buktinyanya ialah metrik yang menjadi ukuran semakin meningkat sedangkan rungutan tentang kesannya sering didengari. Ranking meningkat, tetapi masyarakat tidak terkesan, penyelidikan semakin banyak dan penerbitan semakin tebal namun pembacaan masyarakat semakin kurang, inovasi tidak menjadi, graduan masih kurang kualiti. Graduan dapat menyiapkan tesis dengan cepat tetapi tesisnya tidak bernilai pada masyarakat. Graduan yang terhasil seolah2  tidak peka tentang isu masyarakat dan alam sekitar. Seolah2 hanya robot yang bergerak dan bertindak menurut arahan data tanpa dogma. Pengaruh paradigma redaksionisme dalam pendidikan tinggi ini boleh diibaratkan seperti kanser, yang telah menguasai hampir seluruh kerangka pendidikan tinggi, berbahaya namun sukar untuk dihapuskan. (Terbayang timbul persoalan, mana bukti? mana data? rujukan? Biarlah saya katakan buktinya mungkin tiada dalam penerbitan akademia yang ia sendiri terperangkap dalam paradigma ini, tetapi seandainya yang bertanya membuka mata dan telinga dari sumber yang diluar dari radar redaksio-mekanistik, jawapannya akan ditemui)

Penyelesaian

Kalau ditanya apakah cara mengubati kanser redaksionisme ini, jawabnya berhenti dari terus menggunakannya, buangkan ia dari sistem pendidikan tinggi (bahkan juga dari sistem persekolahan, mahupan mana2 sistem yang membentuk manusia)  Pendekatan redaksionisme dan mekanistik Ini boleh dikenalpasti dengan pergantungan kepada nombor, metrik, indeks, jarum prestasi, carta alir, kotak ketik, jadual pengiraan, jadual pemetaan, audit berulang2, pematuhan prosedur yang ketat, dokumen yang dikawal dan mengawal, dsb. Ia percaya manusia boleh dimanipulasi dengan sistem yang berkiblatkan nombor dan data. Jadi sekiranya ada perkara2 ini, tinggalkanlah ia. Buanglah jauh2. Apabila perkara ini diluruhkan, ditanggal dan ditinggalkan, ia juga bermakna sebarang penilaian insan tidak boleh lagi bersifat seragam dan tidak boleh tiada kepelbagaian. Setiap ilmuwan sepatutnya diberi peluang untuk menggunakan setiap aspek dirinya, rohnya, hatinya, akalnya dalam membuat keputusan dalam menjalankan tugasnya, terutamanya dalam mendidik murid yang setiap seorangnya pula berbeza2 watak, emosi dan jiwa.

Ini juga bermaksud, dalam memilih pengurus, pentadbir, pembuat dasar, pengukur dan pemantau di institusi pengajian tinggi, sebolehnya elakkan dari mereka yang diukur cemerlang dalam bidang yang sememangnya berpaksikan paradigma redaksio-mekanistik ini. Biasanya mereka yang cemerlang di dalam bidang2 begini ini adalah dari mereka yang menganuti pendekatan redaksio-mekanistik, yang mana sukar bagi mereka untuk beranjak ke paradigma yang lebih holistik dalam menangani isu pembentukan kemenjadian insan.

Ia perlu diganti dengan sistem yang lebih syumul, kamil, organik, bersifat bottom up, subjektif, pelbagai dan luwes. Ia dihasilkan oleh hati dan nurani setiap ilmuwan, pendidik dan pentadbir itu sendiri. Pada awalnya, akan berlaku kekecohan dan krisis, kerana selama ini peranan nurani, jiwa, keinsanan tidak pernah digunapakai. Bahkan juga apabila terbebas, nafsu, emosi dan jiwa yang nakal dan gelap juga akan turut mula berleluasa. Disinilah berlaku pemutihan jiwa dan pembinaan falsafah yang murni, yang akan dikenalpasti dan akan diperkukuhkan oleh ilmuwan tulen. Melalui proses dialog, tafakur, dialektik dan iterasi, perubahannya akan terlihat.

Faedah

Apabila pemikiran mekanikal yang seumpama baju besi ini ditanggalkqn, pendekatan kemanusiaan akan lebih mudah digunapakai. Dengan tiadanya takal, tuas, suis, roda dan jarum penunjuk, maka keputusan boleh dibuat berdasarkan kepada pertimbangan naluri, firasat, dan empati seorang ilmuwan yang mengembeling seluruh fakulti keinsanannya dan tidak semata2 hanya bergantung kepada penilaian kognitif ke atas data empirikal yang mudah diukur. Sumber tidak lagi dibazirkan untuk mengurus sistem canggih yang kerap memerlukan audit perlaksanaan dan prestasi, dan ia tidak akan disalah gunakan dalam strategi permainan nombor dan metrik. Pusat ilmu tidak lagi akan berlumba2 antara satu sama lain dalam permainan yang sangat mahal tetapi sangat memudaratkan. Manusia yang mentadbir, mengajar dan belajar akan lebih merasa berada dalam dunia yang penuh dengan timbangrasa, empati dan simpati. Penyelesaian akan sentiasa difikirkan dalam konteks masing2 dan tanpa memakai formula matematik atau mekanistik seragam yang dijuarakan oleh hanya beberapa orang pereka sahaja.

Cabaran

Akan terdapat para soldadu tegar yang memuja sistem redaksionisme dan mekanistik ini yang akan bertindak menyerang dan mendakwa segala yang dicanang didalam penulisan ini tiada bukti, hanya retorik, mimpi seorang insan yang tidak berpijak pada data dan fakta. Akan dimomokkan bahawa ketiadaan mekanisma redaksionisme, maka tiada piawaian dalam pengukuran objektif dan ini akan membawa kekecohan, kejatuhan prestasi, prejudis, pilih kasih, pembaziran sumber dsb.

Pendekatan sedia ada yang mekanistik diakui lebih cekap dan berkesan dalam mencapai nombor2 dan metrik tertentu, tetapi kesan hakikinya pada kemanusiaan, masyarakat dan alam amat memudaratkan. Selain dari sangat mahal, ia menghancurkan ruh generasi akan datang. Menanggalkan baju mekanistik dan redaksionisme ini akan membantu fakulti keinsanan kembali tumbuh dan akan semakin kuat. Ianya membolehkan ilmuwan kembali menyatukan kewujudan dirinya dengan akal, jiwa, roh, budi dan rasa dalam membangunkan generasi akan datang. Generasi akan datang tidak lagi merasakan mereka hanya robot yang nilainya hanyalah setakat memenuhi agenda ekonomi yang dilakarkan oleh entah siapa.

Wallaahualam.

Wargafikir, Sep 2021

 

Comments

  1. Kita mngalami krisis pemikiran yg agak kritikal dlm menuju masa hadapan yg begitu cemas. Kabur dan tanpa haluan yg jelas apakah bentuk perubahan yg hendak dituju.

    Oleh itu kita harus sedar bahwa kepercayaan kita yg dianggap relevan sebenar nya sudah berlaku gelombang baru yg memerlukan suatu representasi dan kaedah yg pelbagai.

    Taksub dgn kepercayaan bahwa dasar kejayaan hanya bergantung pd pemikiran mekanistik sudah tidak sesuai. Ilmu pendidikan perlu diolah secara menyeluruh dgn penekanan kepada ilmu 'hidup' yg berterusan. Kerana dasar kehidupan memerlukan saingan dan pilihan yg pelbagai. Sistem kehidupan bukan lagi bergantung pada status ranking tp bagaimana menyelesaikan masalah hidup. Yg sering berubah-ubah dgn keadaan yg lebih tertekan.

    Manusia utk hidup masa depan bukan lagi bergantung pada tradisi mgharap dgn hanya melihat peluang dr sudut cara pandang redaksionis semata tp perlu cergas mncari peluang dan melakukan tindakan yg wajar kpd peluang yg ingin dicapai.

    Justefu.Kemelut kpd pendidikan yg bersifat berat sebelah perlu dirombak agar peranannya dpt disesuaikan dgn kehendak individu utk mencari peluang supaya imbangan roh. jiwa dan mesin dapat digunakan dgn bermakna.

    Oleh itu ilmu masa depan perlu dilengkapi dgn kesedaran bahwa ilmu hidup harus dirancang memgikut ilmu cabaran masa depa yg realistik dan praktikal dgn budaya masyarakatnya serta bgmana ia belayar dlm arus global. Dgn berpaksikan falsafah pemikiran budaya hidup secara konstruktif dan kontemporari.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Intellectual crisis in Malaysian Academia: In search of an overall philosophy

From Ubercab to Uber: The Needed Paradigm Shift in Malaysian Education

Catatan Log ekspedisi Sungai Bebar 16 dan 17hb September 2016