SDG 17: Satu lagi pembaraian minda di Universiti.

Terkini, kerajaan, universiti dan lain2 agensi sangat memberi tumpuan dan minat kepada SDG17. (sustainable Delevopment Goals 17) Seolah2 ia perkara baharu yang akan membawa negara dan masyarakat kearah yang lebih sejahtera dan mapan. Walaupun sebenarnya ke 17 perkara ini memang sudah sekian lama menjadi isu dan selalu menjadi perhatian. Kini SDG17 dicanangkan sebagai suatu pendekatan global yang menyeluruh, seluruh dunia sedang menggunapakai pendekatan ini dalam pengurusan, pendidikan, penyelidikan dan segala macam inisiatif lain. Ianya cantik, ada 17 bidang yang setiap pakar atau pengkaji sekurangnya mempunyai kepakaran dalam sekurang2nya satu atau dua sektor. Universiti berlumba2 memaparkan poster2 dengan kotak2 yang bersesuaian untuk menunjukkan ‘tujahan’ atau pun kepakaran masing2, dan fakulti2 pula berlumba2 memilih kotak yang dirasakan merekalah yang akan menjuarainya.
Mengapa tidak? Senang bukan? Sekarang pakar tenaga boleh menjadi wira kelestarian. Pakar ekonomi juga boleh menjadi wira, lalu meletakkan kotak bewarna merah di laman web fakulti ataupun institusinya, pakar air akan bersungguh2 menjulang kepakarannya dengan memilih kotak no 14 bewarna biru di poster atau laman web yang mempromosi projeknya.
Mungkin atas nama kecekapan, fokus, dan ketelitian isu, maka pendekatan ini dianggap terbaik, paling berkesan dalam mencapai matlamat akhir iatu kelestarian sejagat. Namun cerita sebegini telah kita dengar sejak ratusan tahun, dan ia menjadi punca kemelut tamadun dunia dewasa ini. Terang2an ini adalah pendekatan reduksionis yang bersifat menderaikan fenomena, menganggap manusia, dan alam adalah jentera yang boleh dibarai, diulit komponennya secara berasingan sehingga setiap komponen kecil itu gemilau dengan kesempurnaan, lalu secara otomatik dunia akan jadi sejahtera. Bunyinya macam pernah dengar bukan? Dan ia bukanlah cerita indah.
Kita sering terdengar kritikan yang berlabel, pemikiran silo, tunnel vision, yang sering menjadi masalah dalam segala macam aspek ketamadunan sebelum ini. Tidak kah kita mengulangi cerita yang sama? Minda dalam silo lah yang membangunkan bom atom yang hanya berminat mengkaji kebenaran alam subjirim, tanpa menyangka ia juga amat berguna untuk memusnahkan manusia lain. Inilah kemelut dunia moden yang semakin dikenalpasti menjadi akar umbi kemusnahan alam, peperangan, penghabisan sumber, ketidak adilan yang kian hari kian menjolok mata. Pendekatan inilah yang memperkenalkan kehidupan moden yang ‘cekap’, ‘produktif’ don ‘progresif’ yang akhirnya disedari merupakan jalan kemusnahan alam dan manusia masa hadapan?
Saya telah banyak mengutaraan keburukan akibat dari pemujaan berlebihan terhadap kaedah reduksionisme dalam sains, pendidikan, penyelidikan dan lain2. Kali ini saya akan membahaskan keburukan pendekatan SDG17 ini seandainya digunapakai tidak kena pada tempatnya.
Saranan penulisan ini, ialah memisahkan fenomena kelestarian kepada komponen terasing seperti ini, bakal mengulangi banyak kesilapan manusia dalam menangani pengurusan sumber dan mengatur tamadun. Ia pendekatan reduksionis yang meleraikan suatu fenomena kepada komponen kecil yang kemudian akan difokuskan satu persatu. Ia suatu kegilaan yang telah lama menghambat manusia moden dan keburukannya telah banyak dibahaskan dalam penulisan saya sebelum ini. Maka fahamlah kita bila terdengar rungutan pemikiran silo, fikiran kecil, terpisah dari dunia nyata, syok sendiri dan seumpamanya. Inilah dia manifestasi paradigma reduksionisme.
Dalam suatu dialog, saya pernah mempersoalkan kesan dari pendekatan SDG17 kepada beberapa universiti. Iaitu kesannya ialah, sebuah universiti akan mempunyai pakar2 yang berbeda dan masing2 akan berusaha dibawah kepakaran masing2 dan merasakan solusi merekalah yang terbaik. Pakar pendidikan akan mengatakan begini, pakar tenaga akan berkata begini, pakar pemakanan akan berkata begini. Namun akan terjadi, tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana menggabungkan kepakaran2 ini dalam satu solusi untuk suatu kes dunia nyata yang jauh lebih kompleks dan rumit.
Ini yang sedang berlaku di Universiti, bahkan di banyak entiti organisasi. Contohnya, ada sebuah kampung yang memerlukan pendidikan digital era baharu, dan kerajaan akan memberikan sejumlah wang untuk pakar2 ini bekerjasama antara satu sama lain. Maka inisiatif tersebut akan bergabung dalam satu pelancaran media bersama menteri, yang menggabungkan kotak2 yang menjadi ‘penyelesaian’ bagi kampung tersebut. Selesai bergambar, masing2 akan masuk ke dalam makmal masing2 dan memikirkan solusi, mengikut kotak masing2. Setelah selesai, apabila solusi itu ingin digunapakai, ada masalah dari segi teknologi yang dicadang tidak sesuai dengan parameter ekonomi yang dicadang, ataupun modul latihan yang diberi tidak diberi sokongan yang sesuai dari aspek pemakanan, dan lain lain. Teknologi yang dicadang tidak berfungsi kerana awam tidak faham kaedah penggunaan, dan berbagai isu yang tak pernah terfikir akan timbul.
Apabila berlaku begini,para pakar masing2 akan berkata, cukup disini, saya sudah berikan yang terbaik, masalah yang lain2 itu bukan kepakaran saya, tanya pakar lain tentang aspek lain. Masing2 akan pulang dengan kepuasan menghabiskan geran dan manghasilkan penerbitan bidang masing2. Penduduk kampung juga yang akan terpinga2 lalu siapa yang harus mengkoordinasi semua ini. Senario di atas bukan sekadar retorik, ia pengalaman penulis setelah berpuluh tahun berada dalam dunia akademik yang memang terkenal dengan pendekatan silonya. Terlalu banyak kes sebegini yang berlaku di hadapan mata saya. Oleh itu tidak hairan sebegitu banyak program2 yang dilancarkan oleh kerajaan dengan kerjasama universiti untuk membantu rakyat, hanya gah diperingkat pelancaran dan hebahan media sahaja. Cuba kembali setelah 6 bulan dari pelancaran tersebut. Majoriti program dan inisiatif akan hanya menjadi gajah putih, kalau bernasib baik. Kalau nasib tak baik yang tinggal hanya rangka Gajah.
Masalah pemikiran berderai, syok sendiri, pemikiran silo sebegini telah lama dikenalpasti sebagai punca kemelut dunia. Namun dalam dunia sekarang satu demi satu ;kaedah Baharu, formula Baharu, yang berakar umbi dari reduksionisme akan muncul dan diangkat sebagai jawapan. Akibatnya kita semakin ketandusan pemikiran rentas disiplin, atau pemikir yang berfikir dalam gambaran besar. Yang semakin ramai adalah pakar yang tidak mampu berbicara rentas bidang. Usahkan berbicara dengan masyarakat, bahkan berbicara sesama ilmuwan yang berlainan bidang pun tidak mampu.
Di dalam suatu seminar ilmu baru2 ini, ada suatu wacana yang meratapi betapa kita sekarang tiada ilmuwan bertaraf ‘polymath’, iaitu yang mampu berifikir dalam berbagai aspek dan memberi impak yang jelas kepada dunia.
SDG 17 sangat disukai kerana ia memudahkan pemikir kecil fokus dan tidak perlu risau kepada kompleksiti dunia nyata. Ramai yang akan jadi wira dan juara, walaupun hanya untuk kepompong masing2.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN UNIVERSITI: IBARAT LAMPU YANG MALAP

Irrationality of Modern Rationality- The Danger of Thinking Small.

Catatan Log ekspedisi Sungai Bebar 16 dan 17hb September 2016