KISAH PROFESOR DEMAM
Sebuah satira diambang merdeka. =============== Alkisah seorang professor disebuah universiti bertaraf antaraplanet. Dia merasakan sesuatu yang tak kena dengan senario kesarjanaan universitinya. Terlalu sibuk menjaga status antaraplanet sehingga lupa masalah planetnya sendiri. Ini kerana proses pendokumentasian untuk jaga status itu terlalu banyak. Dia amat risau akan hal ini sehingga dia demam. Lalu dia berjumpalah dengan seorang yang berpangkat bos2 di universitinya, iaitu seorang profesor juga. Professor demam: saya rasa kita terlalu sibuk dengan karenah pendokumentasian, sampai tak sempat fikir soal kesarjanaan. Boleh kita ubah? Profesor bos: Boleh, tapi kenalah tunjuk secara saintifik masalah ni wujud atau tidak. Macamni lah, awak dapatkan data. Minta dana, minta geran. Buat proper researchlah. Professor demam pun buat research, dapat geran 100,000. Kumpul data satu planet. Selepas setahun, profesor demam bertambah demam, tapi kajiannya siap. Prof Demam: ini data dalam artikel ni