Posts

Showing posts from July, 2020

SARJANA DAN ILMUWAN PERLUKAN MASA UNTUK 'BERANGAN'

Apakah tugas sarjana dan ilmuwan negara? Bagi saya mereka bukan hanya menjadi tenaga pengajar, bahkan yang lebih penting ialah menjadi tenaga pemikir yang mampu mengolah, mencorak dan menjangka perubahan yang bakal menerjah di masa hadapan. Dalam situasi krisis mereka mampu mencadangkan penyelesaian yang berkesan dan berimpak. Oleh itu mereka perlu banyak masa untuk mebayangkan dan memainkan situasi dan senario berbeza bagi setiap permasalahan yang timbul. Mereka tidak boleh bertindak secara refleks seperti robot ataupun melatah dalam menggarap isu2 kemajuan pembangunan, dan permasalahan masyarakat di dalam krisis seumpama krisis pandemik yang sedang kita hadapai sekarang. Untuk itu salah satu aktiviti yang sangat perlu bagi golongan sarjana dan ilmuwan ialah 'berangan', atau bertafakur dalam bahasa yang lebih rasmi. Mungkin perkataan ‘berangan’ dalam tajuk artikel ini lebih sensasi untuk menarik minat pembaca. Berangan sering diangap negatif oleh masyarakat. Namun kalau kita