Posts

Showing posts from December, 2020

Universiti Untuk Masyarakat: Kebuntuan Ilmuwan Universiti

Pagi ini di dalam rancangan bual bicara di sebuah stesen tv tersohor negara, seorang menteri berbicara tentang suatu pendekatan baharu di dalam pengajian di universiti, iaitu program SULAM (Service Learning Malaysia - University For Society). Ianya merupakan program memasyarakatkan universiti dengan cara menggalakkan pembelajaran dalam kuliah di aplikasi kan ke dalam masyarakat. Contohnya pelajar belajar tentang struktur binaan kayu dan dalam kursus itu ada kerja kursus membina struktur kayu untuk sebuah kampung. Ianya sesuatu yang sangat bagus, namun di sini saya ingin mengutarakan suatu kesimpulan yang penuh kontroversi, iaitu ilmuwan negara di menara gading adalah ibarat lembu yang dicucuk hidung. Bukan kerana program itu sendiri, tapi pernahkah terfikir mengapa program sebegini wujud? Program ini berasaskan prinsip yang dilaungkan dengan slogan Universiti untuk Masyarakat. Soalnya Selama ini universiti untuk siapa? hanya sejak 2 tahun kebelakangan ini Kementerian membuat saranan se