Syarahan: Taksonomi Bloom dan OBE: Manifestasi Reduksionisme Liar dalam Pendidikan
Mengapa Falsafah Pendidikan Negara (PFN) gagal menghasilkan insan berkualiti yang mampu membawa negara kearah yang lebih baik. Ini adalah kerana walaupun FPN pada dasarnya bersifat murni, seimbang dan holistik, damun dalam pengoperasian, teknokrat (dalam artikel ini khusus tertuju kepada para pendidik, penggubal pendidikan bahkan para sarjana pendidikan) menggunakan sistem, proses dan kaedah yang membawa falsafah yang sama sekali berbeza.
Percanggahan antara falsafah dasar dan falsafah operasi telah saya gambarkan dalam syarahan saya sebelum ini, Iaitu terdapat jurang antara failasuf dan sang teknokrat. teknokrat mengambil kaedah dan mekanisma perlaksanaan pendidikan yang diimpot dari pemikiran moden, yang mempunyai dasar falsafah yang berbeza dan oleh kerana itu, tanpa disedari, falsafah dasar yang murni hilang lenyap apabila kaedah perlaksanaan yang berdasarkan falsafah yang berbeza digunapakai. Apabila sirap dihidangkan dengan garam, ia tidak lagi manis, tetapi masin.
Bayangkan, seorang tukang masak diarahkan untuk memasak hidangan kari ayam sebagai menu hari tersebut, tapi dia menggunakan daging lembu dalam resipi masakannya dan bukan ayam, sudah tentulah yang dihidangkan ialah kari daging dan bukan kari ayam. Renungkan kembali, Falsafah PEndidikan NEgara menyasarkan insan holistik, seimbang rohani jasmani, kreatif, bertanggungjawab, namun setelah berpuluh tahun, yang terhasil adalah generasi yang tidak kreatif, tiada wawasan, pentingkan diri, hanya jadi pak turut dan tidak kental. Bukan salah menu, tapi salah resipi. Bukan salah Falsafah dasar, tapi salah falsafah operasi.
MEngapakah falsafah operasi ini digunapakai sekiranya ia bertentangan dengan FPN? Ini kerana ia dimanifestasi dalam bentuk teknik, kaedah dan proses, dan tidak dilaungkan sebagai falsafah. Oleh itu para teknokrat tidak dapat melihat bagaimana proses dan kaedah yang dirasakan terbaik ini boleh mengikis dan menghapus FPN.
Sebagai dua contoh kaedah dan paradigma operasi yang menjadi asas perlaksanaan pendidikan negara hari ini, iaitu Taksonomi Bloom dan Outcome Based Education (OBE). Taksonomi Bloom telah lama diangkat oleh teknokrat pendidikan negara sebagai kerangka dasar, tunjang sistem. Ia menjadi kaedah untuk merangka, mencorak, dan menilai sistem pendidikan negara. OBE pula adalah terbitan dari Taksonomi Bloom yang diangkat sebagai kaedah yang kononnya bagaiamana Taksonomi Bloom boleh mencorak kaedah penyampaian, pemantauan dan penilaian aktiviti pendidikan negara.
Apakah falsafah di sebalik 2 pendekatan ini? Ini yang ramai tidak diketahui. Pertamanya, kedua2 mekanisma ini adalah berasaskan falsafah positivis, iaitu ia berdasarkan kaedah saintifik yang boleh dimanipulasi seumpama sebuah jam mekanikal. Ia bersifat
Comments
Post a Comment