MAQASID SYARIAH TAK AKAN MUNCUL ANDAINYA....

 Maqasid syariah adalah nilai, dan ia bersifat metafizikal. Sedangkan kita berada dalam sistem pendidikan, pengurusan dan kerangka epistemologi yang bersifat mekanistik, empirikal dan reduksionistik. Dalam paradigma sebegini, prinsip2 metafizik tidak akan menjelma kerana ia tidak boleh diukur. Ia terlebih dahulu akan diterjemahkan oleh minda pentadbir, teknokrat dan ilmuwan dalam metrik yang boleh diukur dan dibanding2kan, contohnya RM, ROI, bilangan gred A, cgpa, gdp, bilangan penerbitan, jumlah geran, impak sitasi dsb. Bayangkan keadaan sekarang, seorang sarjana yang ikhlas berusaha menerapkan nilai murni dalam suatu inisiatif yang diterajuinya, soalan pertama yang akan keluar dari mulutnya sendiri ialah, 'bagaimana ia boleh diukur, apakah parameternya?" maka kembalilah meresap pemikiran reduktiosnistik dan mekanistik ke dalam inisiatif tersebut. Maka akan dibangunkanlah metrik penilaian yang senang diukur dan dibanding2kan.

Apabila nilai semurni maqasid syariah hanya dibandingjan dengan metrik sebegini, sudah tentu ia akan hilang. Bayangkan betapa tidak munasabahnya apabila mnyimpulkan bahawa seorang pemuda adalah seorang pemikul barang yang rajin semata2 berdasarkan kemampuannya mengangkat sekian kilogram pemberat di dalam gim berulang kali. Rajin adalah perkara metafizikal, kemapuan mengankat pemberat yang boleh diukur adalah perkara lain. Memang ini namapak bodoh dan kita tak akan berasionalisasi sebegini, tetapi kita menggunakan mentaliti yang sama sehari2 dalam aspek kehidupan yang lain. Kita mentamsilkan kejayaan seorang sarjana berdasarkan bilangan kertas penerbitannya, berdasarkan indeks= H nya yang berasaskan pengiraan kuantitatif. Kita mengukur kecemrlangan seorang CEO berdasarkan Keuntungan syarikat, dsb.

Oleh itu krisis yang ada, timbul dari persepsi minda yang tidak seimbang, bukan sebab ketiadaan maqasid syariah, atau penghayatan rukunegara, atau nilai murni agama mana sekalipun.

beberapa ilmuwan masakini mentafsirkan gejala ini berpunca dari: ketaksuban kepada kemenangan saintifik, saintisme, pengabdian kepada otak kiri yang dipuja berlebih2an, dan akibat sifat malas dan tamak insan.

Saya pernah menyuarakan kritikan tentang sebuah universiti tentang moto yang digunakan pada portal pembelajarannya, "kebenaran hanya boleh dikenalpasti melalui pengalaman". Ianya terang2 menafikan hal2 metafizik dan peranan wahyu. Malangnya yang menjuarakan motto tersebut adalah kelompok ilmuwan yang ratanya2nya berugama islam, bahkan kononnya pendokong maqasid syariah sendiri.

Seandainya kita cuai tentang falsafah yang tersembunyi di sebalik teknologi, mekanisme, proses dan birokrasi taylorisme, fordism dan weber, sejuta kali kita laungkan maqasid syariahpun dia terus terkubur dek permainan falsafah licik sebegini.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN UNIVERSITI: IBARAT LAMPU YANG MALAP

Irrationality of Modern Rationality- The Danger of Thinking Small.

Catatan Log ekspedisi Sungai Bebar 16 dan 17hb September 2016