UNIVERSITI: GURUN PEMIKIRAN YANG GERSANG

Baru baru ini saya terlibat dalam suatu perbincangan diperingkat universiti untuk meningkatkan penyebaran ilmu kepada masyarakat. Maka diputuskan bahawa beberapa orang ahli akademik, ilmuwan, dilantik untuk menjadi penyelaras beberapa siri wacana ilmiah bersama tetamu jemputan menggunakan media awam. Maka diadakanlah pertemuan antara pengarah inisiatif ini dan ilmuwan2 berpengalaman. Namun bakal penyelaras ini dipilih dari kalangan yang umur muda. Ini kerana mereka dianggap lebih bertenaga untuk menjayakan hal ini. Andaiannya ialah ilmuwan ataupun sarjana yang lebih muda tentu lebih tahu isu semasa yang menjadi tumpuan masyarakat dan faham bagaimana hendak mendapatkan perhatian masyarakat. 

Namun apa yang menarik perhatian ialah bagaimana perjalanan perbincangan itu yang menggambarkan ketiadaan kebebasan pemikiran, mahupun keyakinan diri dari ilmuwan2 yang hadir. Pada awalnya soalan2 yang dilontarkan bersifat pragmatik dan perlu dibahaskan, seperti kos, masa, konsep dsb. Tetapi semakin lama berbincang, soalan2nya semakin khusus sehingga menggambarkan mereka tiada wawasan untuk bergerak melainkan sekiranya ada panduan terperinci apa yang hendak dilakukan. Soalan seperti, apa isu yang hendak dibincangkan, berapa soalan yang hendak ditanya, apakah garispanduan soalan2 yang hendak ditanya. Apakah garispanduan memilih tetamu wawancara, apakah syarat2 pemilihan tetamu tersebut dan lain lain soalan yang sangat spesifik sehingga kan seolah2 memerlukan manual yang tebal baru boleh hendak bergerak.

Sebagai seorang berilmu dan bijaksana, sepatutnya ilmuwan muda lebih cemburu dengan gangguan terhadap kebebasan berwacana dan berfikir. Sepatutnya, sebaik sahaja mendengar inisiatif ini, dia akan berkata, "Saya tahu, serahkan kepada kami. Kami masing2 mempunyai wawasan dan idea bagaimana hendak menjayakan objektif ini."

Apakah yang terjadi di sini? Ilmuwan2 yang dipanggil bukanlah hijau, bahkan mereka dari kalangan yang pihak universiti menganggap sebagai 'wira' kerana pandai melaksanakan tugas seperti yang digariskan oleh universiti. Namun mungkin itulah puncanya, mereka pandai melaksanakan arahan, menurut perintah, maka akhirnya hilang kebebasan perfikir, aspirasi dan semangat.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN UNIVERSITI: IBARAT LAMPU YANG MALAP

Irrationality of Modern Rationality- The Danger of Thinking Small.

Catatan Log ekspedisi Sungai Bebar 16 dan 17hb September 2016