Terjemahan Artikel - The Knowledge Factory, (The economist 4th October 1997) - Bahagian 1

Blog kali ini adalah pembacaan dan ulasan suatu penulisan yang dipetik dari The Economist, bertajuk "The Knowledge Factory", terbitan The Economist pada 4hb Oktober 1997.

Dalam meneliti masalah yang dihadapi oleh Institut pengajian tinggi negara, saya terjumpa suatu artikel ini yang sangat berkait dengan isu ini. Ia tulisan Peter David yang memberikan perspektif luas tentang sejarah dan peranan universiti dari kacamata pemerhati penghujung kurun ke 20.

Peter David
Terjemahan oleh Zaky Jaafar


Di Dalam Kilang Ilmu

Sekiranya seorang lelaki yang sudah agak berumur, kembali ke universiti selepas bertahun-tahun meninggalkannya, pasti dia akan terkenang zaman remajanya. Pelajar-pelajarnya yang muda dan bersemangat, mengingatkannya akan anak-anaknya. Makmal yang bersih dengan teknologi tinggi terkini. Semuanya seolah-olah menunjukkan era futuristik. Sukar untuk membayangkan bahawa universiti adalah salah satu institusi paling kuno di dunia, sememangnya lebih tua daripada negaranya sendiri. Universiti moden  pertama diasaskan di Bologna pada abad ke-11, universiti di Paris dan Oxford pada abad ke-12. Asas silam ini, dan ditiru oleh ribuan yang lain, terus berkembang dan makmur. Walaupun telah berubah, ianya masih mempunyai ciri2 asal. Para pelajar tidak lagi dari kelompok para biarawan atau penuntut perubatan, seperti pada zaman pertengahan eropah. Kurikulum tidak lagi terdiri daripada tatabahasa, logik, retorik, geometri, aritmetik, astronomi dan muzik, seperti pada abad ke-18. Walau bagaimanapun, universiti moden masih boleh dikenali sebagai pewaris langsung institusi silam ini yang bermula hampir satu milenium yang lalu. Ini suatu pencapaian yang hebat, dan sesuatu yang perlu diingat apabila buku atau esei lain menyatakan, tidak seperti penulisan ini-bahawa akademi sedang dalam krisis".

Sudah tentu, tiada institusi yang bertahan selama sembilan abad tanpa menyesuaikan diri. Hanya satu abad yang lalu, sebagai contoh, Kardinal John Henry Newman, pencipta Universiti Katolik di Dublin, mengemukakan definisi fungsi universiti ideal yang kemudiannya menjadi terkenal. Tetapi walaupun ia masih sering disebut, visinya yang memberi inspirasi mempunyai tidak banyak persamaan dengan universiti hari ini. Newman, seperti T Cicero, percaya pada keperluan untuk memisahkan pencarian kebenaran daripada "keperluan sehari-hari" manusia. Oleh itu, universiti nya akan didedikasikan untuk mengejar ilmu demi kepentingan ilmu itu sendiri, akan menjadi "pemelihara bagi semua pengetahuan dan sains, fakta dan prinsip, siasatan dan penemuan, eksperimen dan spekulasi"

Melakukan sesuatu yang bermakna

Ini jauh berbeza daripada realiti hari ini. Kalau dahulu universiti menjadi pusat ilmu akhirat, universiti pada masa kini meraikan pencapaian mereka sebagai pengeluar ilmu duniawi. Lebih-lebih lagi, dengan mengakui diri sebagai penghasil dan penyebar ilmu sedemikian, mereka mewajarkan tuntutan mereka terhadap dana awam. Banyak universiti moden telah diwujudkan atas dasar utilitarian ini. Misi rasmi kolej geran tanah Amerika, misalnya, adalah untuk meningkatkan prestasi pertanian dan seni mekanikal. Malah asas terdahulu universiti  kini telah beralih kepada cara berfikir sebegini. Di Britain baru baru ini, Oxford menarik nafas panjang, menebalkan muka, dan memutuskan selepas banyak berdolak dalik, untuk menerima sumbangan daripada seorang jutawan Saudi untuk menubuhkan, dari sekian banyak  kursus, sekolah perniagaan,. Cambridge, pesaingnya, berbangga apabila Bill Gates memilihnya sebagai tapak untuk makmal sains komputer extramural pertama Microsoft.

Dua kuasa yang kuat-satu intelektual, satu politik-menjadi punca transformasi matlamat dan imej diri universiti ini. Yang pertama ialah kejayaan sains semula jadi. Sains tulin telah menjadi sangat cemerlang pada abad ke-20 sehingga menjadi sukar, bahkan tidak masuk akal untuk mempertahankan hujah Newman iaitu , universiti hanya perlu memupuk intelek. Siapa yang mahu melakukan fizik tanpa juga mencipta cip silikon? Pencapaian intelektual sains telah begitu besar, begitu jelas kepada semua, sehinggakan ia telah menjatuhkan takhta pendidikan liberal dalam seni dan kemanusiaan yang mendominasi universiti ala Newman.

Kuasa besar kedua untuk perubahan dalam universiti ialah kebangkitan demokrasi, dan akibat yang muncul ialah permintaan untuk pendidikan rakyat jelata. Dalam sejarah universiti sebelum ini, ia adalah tempat khas untuk sekelompok kecil golongan bangsawan. Sepanjang abad ke-17, menurut Christopher Lucas, profesor pendidikan tinggi di.University of Arkansas di Fayetteville, kurang daripada 600 lelaki menghadiri Harvard. Tetapi dalam 130 tahun antara 1840 dan 1970, apabila penduduk Amerika meningkat dua belas kali ganda, pendaftaran kolej meningkat 417 kali ganda. Menjelang pertengahan 1990-an, Amerika Syarikat mengandungi hampir 4,000 kolej dan universiti bertauliah.

Pertumbuhan besar ini bersifat universal dan mengukuhkan lagi universiti. Memandangkan semakin ramai rakyat negara itu melanjutkan pelajaran ke pendidikan lepas sekolah (lihat carta 1), maka memperolehi ijazah pengajian tinggi menjadi pasport yang amat diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Dan apabila masuk kolej atau universiti sudah menjadi kebiasaan, orang yang ingin menonjol daripada orang lain, sedar bahawa pendidikan tinggi adalah mesin penyisihan untuk majikan, dan berusaha memastikan bahawa ijazah mereka sendiri dianugerahkan oleh universiti elit dan bukannya kolej kampung, atau mereka harus mengejar kelayakan yang lebih tinggi.

Kedua-dua faktor ini-kejayaan sains dan permintaan untuk pendidikan tinggi bagi rakyat jelata-menyumbangkan sebahagian besar kejayaan dan ketahanan universiti pada abad ke-2. Di antara mereka, mereka telah membawa perkembangan besar dalam bilangan universiti, mencipta ratusan ribu pekerjaan akademik, dan menyedut sejumlah besar wang awam ke dalam sistem pendidikan tinggi.

Namun kejayaan ini bukanlah satu rahmat yang tidak tercemar. Kejayaan sains abad ke-20, dan khususnya sumbangan penyelidikan universiti kepada keupayaan berperang pihak bersekutu semasa perang dunia kedua, telah membuka mata kerajaan di kebanyakan negara untuk menjadi penaja utama penyelidikan sebegitu dan oleh itu, secara tidak langsung, penaja utama  universiti itu sendiri. Dengan wang awam yang mencurah seperti durian runtuh, maka timbul permintaan untuk akauntabiliti yang lebih besar, mengurangkan autonomi intelek yang sesetengah orang akan melihat sebagai ciri khusus universiti.

Lebih dari itu, pengembangan universiti ini telah-atau sekurang-kurangnya dianggap telah membunuh kualiti. Apabila pada tahun 1960-an Britain sedang membahaskan sama ada untuk memperbesarkan sistem pendidikan tinggi elitnya, Sir Kingsley Amis, pengarang "Lucky Jim", mengisytiharkan diktum: "Lebih banyak akan bermakna lebih teruk." Namun ini tidak semestinya benar. Ramai orang yang pergi ke universiti pada zaman pendidikan tinggi bangsawan diterima masuk kerana kelebihan yang dikurniakan oleh darjat, bukan kecerdasan. Dan kualiti boleh dikawal dengan mewujudkan hierarki institusi untuk keperluan pasaran yang berbeza. Walaupun begitu, ketegangan antara kuantiti dan kualiti terus menjadi perdebatan hangat tentang pendidikan tinggi di kebanyakan negara maju.

Ilmu dan seumpamanya

Untuk sebahagian besar abad ke-20, sains dan demokrasi telah menjadi kuasa utama yang merubah universiti. Kini, bagaimanapun, beberapa idea baru mula mendapat perhatian kedua-dua ahli akademik dan ahli politik. Lama-kelamaan ini juga boleh memberi impak yang besar kepada struktur dan semangat universiti.Secara kasarnya ia dilabelkan di bawah tajuk "masyarakat berpengetahuan"` dan kadangkala "ekonomi pengetahuan", mereka menggambarkan universiti bukan sahaja sebagai pencipta pengetahuan, pelatih minda muda dan penyambung budaya, tetapi juga sebagai agen utama pertumbuhan ekonomi. : seumpama sebuah “kilang ilmu”, ditengah2 konsep ekonomi berilmu. Dalam ekonomi sebegitu - di mana idea, dan keupayaan untuk memanipulasinya, dikira jauh lebih bernilai daripada faktor penghasilan ilmu tradisional - universiti telah kelihatan seperti aset yang semakin penting.. Ia bukan sahaja makmal R&D negara, tetapi juga mekanisme yang melaluinya sesebuah negara memperkukuh "modal insannya, agar lebih bersedia untuk bersaing dalam ekonomi global.

Konsep “masyarakat ilmu” bukanlah sesuatu yang baharu, dan maknanya tidak begitu jelas.Daniel Bell dan Peter Drucker bercakap tentang pekerja ilmu beberapa dekad yang lalu. Lebih penting lagi, jika penyelidikan dan pengajaran menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi, yang sememangnya jelas begitu, mereka telah melakukannya lama sebelum ia menjadi kelaziman *pakar teori pertumbuhan ekonomi baharu" dan lain-lain untuk menganalisis sumbangan mereka. Di era pasca perang, perkembangan sains di universiti adalah berdasarkan andaian bahawa untuk melabur dalam ilmu adalah untuk melabur dalam pertumbuhan ekonomi. Apa yang baharu ialah kerangka ia dibahaskan.  Sejak kebelakangan ini, globalisasi ekonomi dunia, bersama-sama dengan penurunan permintaan untuk buruh manual dan kepercayaan dangkal bahawa ini akan menyebabkan peningkatan persaingan antara negara, telah memberikan kemahuan politik untuk melabur dalam ilmu, yang tidak wujud sebelum ini. Pembuat dasar di seluruh dunia telah menyedari dan iri hati dengan sumbangan Universiti Stanford kepada penciptaan Silicon Valley, dan sumbangan universiti "segi tiga penyelidikan" Amerika kepada ekonomi Carolina Utara. Mereka juga mahukan perkara yang sama. Di pejabatnya di Paris baru baru ini, Claude Allègre, menteri pendidikan kerajaan Sosialis yang baru dipilih, dengan sedih memberitahu The Economist. bahawa Perancis tidak pernah berjaya mewujudkan Massachusetts Institute of Technology (MIT) atau Caltech. Tidak mahu mengalah, penubuhan universiti "multimedia" di Malaysia adalah salah satu ramuan utama rancangan hebat Mahathir Mohamad untuk membelanjakan $40 bilion untuk mewujudkan Lembah Silikon yang terkini di negaranya sendiri.

Oleh kerana pemikiran seperti ini semakin mempengaruhi ahli politik, universiti semakin jauh dari matlamat asalnya sebagai tempat perlindungan daripada kemerosotan kesan keduniaan di sekelilingnya. *Kuasa sebagai pelindung ilmu dan prinsip Newman akan ditafsir semula, dalam frasa tekno-ratik kajian OECD baru-baru ini, sebagai sebahagian daripada "sistem inovasi nasional': bukan kekuatan moral atau budaya, lebih kepada inkubator industri baharu dalam ekonomi yang dikuasai teknologi.

Hujah sebegini sudah tentu  mempesonakan ramai mereka yang bekerja di universiti, kerana ia membantu mengukuhkan cengkaman mereka ke atas dana awam. Sekiranya tiada keyakinan sedemikian tentang sumbangan ekonomi universiti, adakah Kongres Amerika baru baru ini sanggup mengepam berbilion dolar tambahan sebagai sokongan awam untuk pelajar? Adakah suatu  jawatankuasa kajian meminta satu lagi peluasan besar dalam pendidikan tinggi British? Namun untuk mentakrifkan universiti sebagai sebuah enjin ekonomi ilmu juga menimbulkan tuntutan baharu yang kompleks ke atas institusi yang memang sedang bergelut untuk menyelaraskan tradisi kunonya dengan tuntutan pendidikan tinggi rakyat. Bolehkah universiti menampung semua tuntutan yang berbeza ini, dan masih kekal dengan dirinya sendiri? Itulah persoalan yang akan cuba dijawab oleh tinjauan ini.

Bersambung…


Comments

Popular posts from this blog

PERANAN UNIVERSITI: IBARAT LAMPU YANG MALAP

Irrationality of Modern Rationality- The Danger of Thinking Small.

Catatan Log ekspedisi Sungai Bebar 16 dan 17hb September 2016