Posts

Showing posts from May, 2024

Terjemahan Artikel - The Knowledge Factory, (The economist 4th October 1997) - Bahagian 1

Blog kali ini adalah pembacaan dan ulasan suatu penulisan yang dipetik dari The Economist, bertajuk "The Knowledge Factory", terbitan The Economist pada 4hb Oktober 1997. Dalam meneliti masalah yang dihadapi oleh Institut pengajian tinggi negara, saya terjumpa suatu artikel ini yang sangat berkait dengan isu ini. Ia tulisan Peter David yang memberikan perspektif luas tentang sejarah dan peranan universiti dari kacamata pemerhati penghujung kurun ke 20. Peter David Terjemahan oleh Zaky Jaafar Di Dalam Kilang Ilmu Sekiranya seorang lelaki yang sudah agak berumur, kembali ke universiti selepas bertahun-tahun meninggalkannya, pasti dia akan terkenang zaman remajanya. Pelajar-pelajarnya yang muda dan bersemangat, mengingatkannya akan anak-anaknya. Makmal yang bersih dengan teknologi tinggi terkini. Semuanya seolah-olah menunjukkan era futuristik. Sukar untuk membayangkan bahawa universiti adalah salah satu institusi paling kuno di dunia, sememangnya lebih tua daripada negaranya se

UNIVERSITI: GURUN PEMIKIRAN YANG GERSANG

Baru baru ini saya terlibat dalam suatu perbincangan diperingkat universiti untuk meningkatkan penyebaran ilmu kepada masyarakat. Maka diputuskan bahawa beberapa orang ahli akademik, ilmuwan, dilantik untuk menjadi penyelaras beberapa siri wacana ilmiah bersama tetamu jemputan menggunakan media awam. Maka diadakanlah pertemuan antara pengarah inisiatif ini dan ilmuwan2 berpengalaman. Namun bakal penyelaras ini dipilih dari kalangan yang umur muda. Ini kerana mereka dianggap lebih bertenaga untuk menjayakan hal ini. Andaiannya ialah ilmuwan ataupun sarjana yang lebih muda tentu lebih tahu isu semasa yang menjadi tumpuan masyarakat dan faham bagaimana hendak mendapatkan perhatian masyarakat.  Namun apa yang menarik perhatian ialah bagaimana perjalanan perbincangan itu yang menggambarkan ketiadaan kebebasan pemikiran, mahupun keyakinan diri dari ilmuwan2 yang hadir. Pada awalnya soalan2 yang dilontarkan bersifat pragmatik dan perlu dibahaskan, seperti kos, masa, konsep dsb. Tetapi semakin