Tipulah kalau kita kata kita tak main falsafah...

sarjana moden selalu menidakkan mereka penganut falsafah tertentu. Bagi mereka mereka hanya melaksanakan yang terbaik. Sebenarnya setiap keputusan yang kita buat hari2 adalah penuh dengan falsafah. Samada kita sedar atau tidak. Salah satu masalah yang kita hadapi ialah kita menggunakan falsafah berbeza dalam membentuk asas penubuhan universiti, tetapi menggunakan falsafah lain dalam perlaksanaan. Ini juga masalah pentadbiran negara. Contohnya salah satu falsafah yang didukung oleh sebuah jentera kerajaan mengatakan kita harus menjadi negara yang makmur yang menitikberatkan pembangunan insan. Macamana nak jadi negara yang makmur tu? Kita akan tercari2 bagimana mententukur tahap kemakmuran. Maka akan ada bijak pandai yang mengatakan kita jadikan GDP sebagai pengukur kemakmuran, ia menjadi kayu ukur seluruh dunia. Maka penggubal pun akan menetapkan kpi kepada semua jabatan, agar mencapai GDP yang sentiasa bertambah. Kemudian setiap jabatan pula ada diberikan sektor2 fokus yang berbeza, dan masing2 pula akan menggunakan metod, definisi dan teknik yang berfalsafah lain pula. Masalah asal nya, GDP itu sendiri merupakan satu hasil yang terbit dari falsafah pemikiran yang berbeda dengan takrifan 'makmur' yang kita pegang. Ia berpaksi kepada fahaman falsafah tertentu yang pada dasarnya menidakkan definisi insan. Kalau kita tidak teliti hal ini, banyak konflik dan krisis yang tercipta. Jadi ada kemungkinan falsafah dasar sudah cantik, tapi metod perlaksanaan pula menganut berbagai falsafah lain yang merosakkan matlamat asal. Pernah kah ilmuan kita  mengkaji asal usul penyelesaian, indeks2,  matrik2metod, strategi yang kita gunakan adalah harmoni dari segi dasar?

Comments

Popular posts from this blog

Intellectual crisis in Malaysian Academia: In search of an overall philosophy

From Ubercab to Uber: The Needed Paradigm Shift in Malaysian Education

The Scientific mind and modern world crisis. (In search of an overall academic philosophy- part 2)