Syarat menjadi universiti.

Kita sangat faham tentang ungkapan "syarat masuk universiti". Tapi pernah kah kita terfikir apakah universiti yang kita ingin masuki itu benar2 sebuah universiti? Pernahkah kita terfikir apakah syarat2 sesuatu institusi menjadi universiti? Pernahkah kita bertanya, "Apakah syarat menjadi universiti?". Ingin saya cadangkan syarat untuk sesebuah organisasi menjadi Universiti:

"Ia menghasilkan insan yang mahu mencari makna kehidupan yang baik, dan berkemahiran mencarinya". 



Kalau perkara ini tidak jelas dalam pembelajaran dan pengajaran universiti itu, atau cuma menjadi objektif sampingan, maka ia bukanlah sebuah universiti tetapi hanyalah sebuah sekolah vokasional, pusat latihan kemahiran profesional, pusat latihan berinteraksi ataupun sebuah perpustakaan yang canggih sahaja, yang mana merupakan institusi yang tidak kurang pentingnya.

Ulasan prinsip di atas. 

1. Ia menghasilkan 'insan', bukan setakat pekerja. Bukan setakat seorang jurutera, arkitek, doktor dsb.,tapi menjadi pemikir agar pekerjaannya mendatangkan kebaikan kepada semua orang, termasuk alam dan makhluk lain. Ia seorang yang beradab dan berfikir tentang kebaikan dan kebenaran dan bertindak kearah kebaikan dan kebenaran.

2.Perkataan 'mahu' menggambarkan keinginan dan semangat berterusan. Ia menjadi seorang yang sentiasa mencari takrifan kehidupan yang baik. Takrifan kehidupan yang baik berbeza di antara individu, dan berbeza pada situasi dan masa yang berbeza dalam seorang individu. Oleh itu ini adalah tugas individu mencari erti sebenar kebaikan dalam kehidupannnya. dan ini proses sepanjang hayat, walaupun setelah tamat pengajian. Ia juga mengambarkan keinginan yang tidak putus, Tidak berhenti sepanjang hidupnya.

3. 'Berkemahiran" bermaksud dia tahu kaedah untuk mencari fakta, mengolah, menganalisa dan mempertimbangkan setiap keputusan, tindakan dan pegangangannya melalui jalan atau kaedah yang telah terbukti berkesan dan betul. Dia punya cara pemikiran yang berdisiplin dan tersusun dalam menentukan kebenaran, melalui sumber2 dan kaedah para ilmuan terdahulu, bahkan juga mahir mengolah kaedah dan pendapat yang baharu, dalam mencapai erti kehidupan yang baik.

Comments

Popular posts from this blog

Intellectual crisis in Malaysian Academia: In search of an overall philosophy

From Ubercab to Uber: The Needed Paradigm Shift in Malaysian Education

The Scientific mind and modern world crisis. (In search of an overall academic philosophy- part 2)