Universiti Mengejar ranking, sarjana mengejar KPI, masyarakat hentam keromo.

Dipetik dari FB posting di internet...
----------------------------------------------------------------------
Universiti mengejar ranking, sarjana mengejar KPI, masyarakat hentam keromo.
Apa peranan universiti sebenarnya ya? Pendapat saya yang paling penting ialah mendidik masyarakat supaya lebih berilmu, dan kemudiannya menghasilkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi
Sepatutnya apa yang keluar dari unversiti adalah pengetahuan yang mendidik masyarakat menjadi lebih baik dan maju. Samada dalam bentuk penulisan ataupun dalam bentuk sumber manusia yang berkemahiran dan berpotensi menjadi ejen perubahan negara dan dunia. Tetapi kita lihat kebanyakan yang masyarakat Malaysia baca adalah berita dan maklumat yang datang dari berbagai sumber, DAN kebanyakannya bukan dari universiti. Mana kah tulisan2 berilmu dari universiti? jawabnya banyak terkumpul di dalam majalah2 akademik berprestasi tinggi yang tak mampu di baca oleh orang awam, Bahkan sarjana dari bidang yang lain pun tak mampu baca penulisan akademik bidang yang lain.
Universiti Awam sekarang berlumba2 mengejar ranking. Antara caranya ialah dengan menghambat para pensyarah untuk terbitkan penulisan dalam majalah akademik berberpretasi tinggi. Kalau terbit dalam suratkhabar atau majalah tak ada kesan, tak boleh dikira untuk kenaikan pangkat. Akibatnya, ilmu di menara gading hanya tercurah dalam journal bersifat akademik, yang dibaca oleh ahli akademik lain, yang akan dijadikan bahan rujukan oleh mereka pula untuk diterbitkan dalam majalah akademik lain pula.
Maka wadah bacaaan yang tinggal untuk orang awam pula adalah yang ditulis oleh mereka yang bukan sarjana atau cendikiawan. Ada antara mereka ini, walaupun bukan sarjana unviersiti, tapi mampu menghasilkan bacaan yang membina minda kritis dan kreatif, yang membina wawasan. Tetapi banyak juga yang merupakan penulis syok sendiri yang sekadar meuluahkan perasaan masing2, tanpa ada asas. Kebanyakan kandungannya pula berunsur hiburan, cinta, gosip, berita palsu dan fitnah. Kemana sarjana dan cendikiawan kita? Jawapannya telah pun kita tahu di atas tadi, di majalah akademik yang mempunyai kesarjanaan yang tinggi, yang tidak mampu dibaca oleh masyarakat marhaen.
Komentar di atas bukanlah sesuatu yang asing. Satu kes yang dialami oleh rakan penulis sendiri alami (seorang pensyarah universiti) sebagai contoh. Seorang Professor Senior mencadangkan kepada sekumpulan penyelidik muda untuk sama2 menjalankan kajian ke atas satu kes kajian yang menarik yang dirasakan mampu menjadi bahan pengajaran dan maklumat untuk masyarakat. Tajuk kajiannya adalah menarik dan boleh ditulis dengan kajian yang mudah. Bukannya bidang sains molekul atau quantum fizik yang perlukan validasi saintifik, tetapi analisis mudah yang tak terlintas diminda kalau tak di kaji,
Tetapi penyelidik muda di dalam kumpulan itu mempersoalkan mana geran penyelidikannya? boleh ke tajuk kajian ni di terbitkan dalam journal akademik berprestasi? Kalau setakat penulisan untuk bacaan pelajar sekolah dan orang awam tak akan membantu KPI kami. Maka terdiamlah professor senior itu dengan respon sebegini. Dahulunya dia dikenali kalau nak buat inisiatif kajian atau mendidik, tidak fikir pun soal kewangan dan ganjaran. Kalau dia mampu, dia akan keluarkan duit senditi untuk menjalankan kajian, asalkan ada manfaat pada masyarakat.
Hmm maka masyarakat pun teruslah membaca pendapat pakar2 awam yang menulis hentam keromo.
(P/S - komentar di atas bukanlah dtujukan kepada SEMUA bidang penyelidikan. Ada bidang yang khusus memerlukan penyelidiakan yang mahal dan validasi yang saintifik dan perlukan audien yang khusus. Diakui bidang seperti Biotechnology, perubatan, fizik dan sebagainya memerlukan geran dan validasi kesarjanaan dalam bentuk penerbitan jurnal saintifik berprestasi tinggi)
Begitulah kisah masyarakat kali ini.
WAllahualam.
Wargafikir
Feb 2017

Comments

Popular posts from this blog

Intellectual crisis in Malaysian Academia: In search of an overall philosophy

From Ubercab to Uber: The Needed Paradigm Shift in Malaysian Education

The Scientific mind and modern world crisis. (In search of an overall academic philosophy- part 2)