Posts

Universiti Mengejar ranking, sarjana mengejar KPI, masyarakat hentam keromo.

Dipetik dari FB posting di internet... ---------------------------------------------------------------------- Universiti mengejar ranking, sarjana mengejar KPI, masyarakat hentam keromo. Apa peranan universiti sebenarnya ya? Pendapat saya yang paling penting ialah mendidik masyarakat supaya lebih berilmu, dan kemudiannya menghasilkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi Sepatutnya apa yang keluar dari unversiti adalah pengetahuan yang mendidik masyarakat menjadi lebih baik dan maju. Samada dalam bentuk penulisan ataupun dalam bentuk sumber manusia yang berkemahiran dan berpotensi menjadi ejen perubahan negara dan dunia. Tetapi kita lihat kebanyakan yang masyarakat Malaysia baca adalah berita dan maklumat yang datang dari berbagai sumber, DAN kebanyakannya bukan dari universiti. Mana kah tulisan2 berilmu dari universiti? jawabnya banyak terkumpul di dalam majalah2 akademik berprestasi tinggi yang tak mampu di baca oleh orang awam, Bahkan sarjana dari bidang yang lain pun tak...

Mini Hidro teratak Semai: Ujian percubaan

Image
Pada 21hb Oltober yang lalu, kami yang terdiri dari saya dan Pasukan dari Fakulti Keuruteraan UPM yang diketuai Prof Dr Norhisham Misron telah pergi ke Kampung batu 16 untuk mendapatkan beberapa data penting untuk membangunkan cadangan pembinaan Mini Hidro di bawah program Teratak Semai. Kami bergerak dari Kuala Lumpur sekitar jam 7.45 pagi dan berhenti di RNR Tapah sebelum masuk ke Tapah. Setibanya di Tapah, kami singgah di Pekan tapah dahulu untuk menguruskan pengangkutan Paip getah 3 inci sepanjang 50 Meter dari Kedai Seng Kee. Getah 3 inci sepanjang 50 meter Bahagian atas sungai dipasang tangki tadahan Turbin generator unit di bahagian bawah, Air memasuki tangki tadahan PEmaangan paip getah ke unit turbin Dr Norhisham mengambil bacaaan voltan yang terhasil

Catatan Log ekspedisi Sungai Bebar 16 dan 17hb September 2016

Image
Catatan log Oleh Dr Mohamad Fakri Zaky bin Jaafar. Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan senibina, zakyjaafar@upm.edu.my Catatan ini merakamkan perjalanan ekspedisi penyelidik UPM menyusuri sungai Bebar bagi tujuan meninjau potensi produk eko pelancongan Sungai Bebar di atas Saranan YB ADUn Mukim Bebar. BEliau juga telah menaja bot untuk ekspedisi hari ke 2. Seramai 4 orang pensyarah UPM yang di ketui oleh Dr Mohamad Fakri Zaky bin Jaafar telah melakukan tinjauan kesesuaian aktiviti eko pelancongan di sepanjang Sungai Bebar. Pensyarah UPM  yang Terlibat ialah: 1.        Dr Mohamad Fakri Zaky bin Jaafar, FRSB 2.        Lar Nazri Saidon, Fakulti Rekabentuk dan Senibina 3.       Dr. Syaizwan Zahmir Zulkifli, Fakulti Sains, 4.        Dr Manohar Mariapan, Fakulti Perhutanan 15hb September 2016 Petang 15hb September Kami bermalam di Hotel Anjung ...