Ketandusan makna di universiti: Kesilapan PAKAR lebih merbahaya dari kesilapan perlaksanaan

Dalam perbincangan kemelut ketandusan "makna" di menara gading. Jarang kita ingin melihat masalah sistem yang ada, kerana kita andaikan sistem yang ada telah dibina oleh "pakar".

Mungkinkah segala masalah ini berpunca dari kesilapan "pakar"?.

Semalam tonton dokumentari tentang kapalterbang Lion Air yang terhempas di indonesia pada 2018, membunuh kesemua 181 orang di dalamnya. Semasa siasatan, segala aspek diselidiki, dari kelayakan pilot, aspek latihan, kelemahan pengurusan dsb, KECUALI, masalah pesawat. Kenapa? Kerana pesawat itu di buat oleh BOEING,  syarikat yang "pakar" dalam pembuatan kapal terbang.

Ternyata selepas segala aspek diselidiki, akhirnya terbukti ia adalah kesalahan Boeing, pakar dalam pembuatan pesawat udara. Setelah itu barulah Boeing membaiki masalah itu. Bayangkan sekiranya Boeing enggan mengaku, dan terus dengan sistem yang sama, tentunya tragedi akan berulang.

Andaian bahawa sesuatu masalah tak mungkin berpunca dari kesilapan pakar adalah sesuatu yang merbahaya.

Saya sering mengutarakan krisis pemikiran di menara gading, dan mengulas gejala redaksionime, taylorisme dan managerialisme. Ini semua adalah masalah sistemik dan ia bermula dari keputusan PAKAR.

Comments

Popular posts from this blog

Intellectual crisis in Malaysian Academia: In search of an overall philosophy

From Ubercab to Uber: The Needed Paradigm Shift in Malaysian Education

The Scientific mind and modern world crisis. (In search of an overall academic philosophy- part 2)