Bicara Ilmiah: Pengaruh Paradigma Bidang Sains ke Atas Disiplin Kemanusiaan yang Mengikis Nilai Ilmu.

Saya terjumpa satu video youtube yang menyenaraikan saranan Schopenhauer, seorang ahli sejarah terkenal tentang pembacaan. Link Videonya di Sini. SCHOPENHAUER: The Art of Not Reading (6 Rules for Reading)
Apa yang menarik pada saya ialah salah satu saranan agar perlunya pembacaan hasil penulisan penting atau dalam bahasa inggeris 'seminal works". Ini satu saranan yang perlu dipertimbangkan kerana kerisauan yang saya lihat hari ini ialah dimana bidang ilmu kemasyarakatan dan kemanusiaan (politik, pendidikan, perundangan, ekonomi, sejarah, sastera, seni dan sebagainya) semakin melupakan perkara penting ini. 

Pendekatan mengkaji semula penulisan penting ini tidak boleh dianggap enteng. Terutama bidang2 ilmu sosial dan kemanusiaan. Inilah kaedah untuk kita faham cabang dan ranting ilmu yang tiba hari ini. Namun pengaruh sains tulin hari ini menjadi tren dimana rujukan terkini menjadi keutamaan, sedangkan penemuan ataupun pendapat baharu dari penulisan terkini itu mungkin di hujung cabang yang rapuh, seandainya kita tidak susuri asal usulnya.

Perkara ini saya timbulkan kerana tren yang saya lihat dalam kesarjanaan bidang kemanusiaan dan sosial masakini telah mula dipengaruhi pemikiran dan paradigma bidang sains. Ini timbul dari desakan menyeragamkan cara pengukuran nilai ilmu yang diselia oleh kementerian dan pemimpin2 akademia, yang rata2nya berasaskan pendekatan mekanistik yang menjadi tunjang ilmu sains.

Dalam tren perlumbaan kesarjanaan hari ini, ada perubahan ketara dalam paradigma ilmu. Antara ciri2 paradigma mekanistik bdiang sains yang mula menjalar dalam bidang sosial dan kemanusiaan yang menjadi punca krisis dan perlu diawasi:

1. Hanya rujukan lima tahun terkini yang dibenarkan sebagai senarai rujukan ilmiah.

2. Buku2 semakin kurang menjadi rujukan dasar, kertas saintifik menjadi rujukan dominan.

3. Analisis kuantitatif semakin menjadi pilihan. Menekankan analisa statistik dan terkini, dan menggunakan perisian canggih.

4. Penerokaan kualitatif dan kemahiran naratif semakin kurang diterokai. Semakin kurang menyelitkan perbahasan asas, paradigma, dalam mengenengahkan gagasan sesuatu fenomena. Sehingga ada sarjana kemanusiaan yang tidak mampu 'bercerita' tentang idea dan wawasan, bahkan gugup bila diminta melontarkan pandangan. Hanya berbicara tentang analisa data, mirip kesarjanaan bidang sains. Kesannya kini semakin kurang sarjana yang berwibawa untuk mengolah isu2  besar semasa dalam masyarakat. Kini lebih ramai ahli politik, influencer media sosial yang lebih lantang bersuara.

5. Tiada perbincangan konsep dan falsafah walaupun dalam tesis PhD, sedangkan penerokaan ilmu peringkat PhD memerlukan penerokaan falsafah. 

Perkara2 ini menjadikan ilmu bidang kemanusiaan itu tumpul dan bercelaru. Perkara ini perlu pertimbangan semula terutamanya bagi pemimpin akademia yang mungkin terburu2 dalam usaha 'mengukur' dan 'mengira' nilai ilmu demi memaparkan prestasi yang dangkal.

Seandainya krisis ini dibiarkan berlarutan, negara akan hanyut  diambang krisis masyarakat, walaupun kemajuan teknologi dan kebendaan kelihatan sentiasa bergerak maju. Umpama memandu sebuah kereta berteknoloji terkini tetapi tiada arah, tidak jelas samada kita mahu ke gunung atau ke gaung.

Wallaahu a'lam.

Zaky jaafar  2021.



Comments

  1. Sebenarnya negara kita mmgalami krisis kesarjanaan yg komplek. Kita bergerak dan membangun atas fragmen yg pelbagai dan arah tuju yg agak skeptikal. Persekitaran ini berlaku kerana kita tak ditunjang oleh fundamental knowledge of progression .
    Masyarakat seolah hilang arah dan tiada rujukan kukuh utk mempercayai apakah gagasan pemikiran dalam menilai sebuah kemanusiaan. Masyarakat hanya berlumba fikir bagaimana utk hidup dan bersaing mengikut sistem yang ada yg kononnya kita maju dgn berteknologi serta mngukur kejayaan atas dasar cara pandang kemewahan dan status quo pangkat dan gelaran.

    Malangnya nya inilah perjuangan para akademia kita utk di hargai dan dipandang sebagai ego cendiakawan supaya boleh disanjung oleh masyarakat daripada peranan akademia utk berpandangan tegas dlm mngeluarkan pandangan dan teori pemikiran secara konstruktif.... dlm ertikata pandangan sebenar sebagai seorang sarjana.

    Kerana negara ni kebanyakan dasar pengetahuan dikemudi oleh ahli pemikir yg literal dan bersifat teknikal. Oleh itu kita tidak dapat melihat suatu imajinari beyond time. Kita asyik berputar di kancah tindakan dan kefahaman yg sama sepanjang zaman. Kita bergerak atas imajinasi org lain dimana hanya mnjadi seorang follower dan user.

    Maka sudsh tiba negara perlu kpd satu convergence antara para pemikir teknikal dgn social saintis utk mmbina method yg dapat mmberi kesan kpd kelunjuran pembangunan yg bersikap civilised society yg mana teras teknologi dan kemanusiaan mmpunyai nilai adat dan adab yg sempurna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong pandangan tuan. Satu wacana baharu yang merungkai kemelut pemikiran era kini sangat2 diperlukan, segera!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Intellectual crisis in Malaysian Academia: In search of an overall philosophy

From Ubercab to Uber: The Needed Paradigm Shift in Malaysian Education

The Scientific mind and modern world crisis. (In search of an overall academic philosophy- part 2)