Taksonomi Bloom dan OBE: Manifestasi Reduksionisme Liar dalam Pendidikan
Teks berikut adalah kertas pembentangan penulis pada Wacana Meja Bulat oleh PEMIKIR pada sesi atas talian (zoom) Pada 22hb Februari 2025: Taksonomi Bloom dan OBE: Manifestasi reduksionisme liar dalam Pendidikan di Malaysia Dr Mohamad Fakri Zaky bin Jaafar Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia zakyjaafar@upm.edu.my Reduksionisme telah lama menjadi sumber kebimbangan bagi para pemikir dan sarjana, kerana ia telah dikaitkan dengan kemerosotan beberapa institusi utama dalam masyarakat moden, termasuk ekonomi, sains, politik dan pendidikan. Kertas ini melihat kehadiran reduksionisme dalam bentuk yang lebih ekstrem, atau 'reduksionisme liar', dalam sistem pendidikan Malaysia. Dua konsep utama telah dikenalpasti sebagai wadah untuk reduksionisme: taksonomi Bloom dan Outcome Based Education (Pendidikan Berasaskan Hasil) atau OBE seperti yang ditafsirkan oleh Majlis Pendidikan Kejuruteraan Malaysia dan diterima pakai oleh banyak institusi. ...