Posts

Showing posts from 2026

THE DESILO PRINCIPLES: AN EPISTEMOLOGICAL FRAMEWORK FOR DEFRAGMENTING THE RUPTURE OF THE MODERN MIND.

Image
(Click the picture above to download) Over the past few years, I have shared many reflections on education, architecture, universities, science, capitalism, AI, and various challenges facing modern society. Although these topics may seem unrelated, they have all been driven by the same underlying question. I have now brought these ideas together in a short manifesto entitled The Desilo Principles: An Epistemological Framework for Defragmenting the Ruptured Modern Mind. For now, it is available in English, with a Malay version to follow. This is neither an academic textbook nor an attempt to introduce a new ideology. Rather, it is a personal attempt to explore why humanity continues to make extraordinary technological and material progress while, at the same time, experiencing growing crises of meaning, wisdom, and human wholeness. I make no claim that this document is complete. On the contrary, I have deliberately published it as Version 1.0, with the hope that it will evolve through t...

THE DESILO PRINCIPLES: SUATU KERANGKA EPISTEMOLOGI.

Image
 (Klik gambar di atas untuk muaturun)  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya banyak berkongsi pandangan tentang pendidikan, seni bina, universiti, sains, kapitalisme, AI, dan pelbagai isu masyarakat moden. Ramai yang mungkin perasan bahawa semua perbincangan itu sebenarnya berpunca daripada satu persoalan yang sama. Akhirnya saya cuba menghimpunkan semuanya ke dalam sebuah manifesto ringkas bertajuk The Desilo Principles. Buat masa ini ia dalam bahasa Inggeris. Versi Bahasa Melayu akan menyusul. Ia bukan sebuah buku akademik, bukan juga sebuah ideologi baharu. Sebaliknya, ia merupakan satu percubaan awal untuk memahami mengapa masyarakat moden semakin maju dari segi teknologi dan material, tetapi pada masa yang sama berhadapan dengan krisis makna, kebijaksanaan, dan keutuhan insan. Saya tidak menganggap dokumen ini sempurna. Malah, saya sengaja menerbitkannya sebagai Versi 1.0, dengan harapan ia boleh diperbaiki melalui dialog, ...

Tragedi Bidang Kemanusiaan yang Meniru Bidang Sains

Image
Baru-baru ini saya membaca sebuah tesis akademik tentang kesan negatif humanisme0 terhadap tamadun.. Topiknya besar. Ia bercakap tentang manusia, sejarah idea, perubahan tamadun, pembentukan nilai, dan bagaimana humanisme mempengaruhi dunia moden. Tetapi semakin saya membaca, semakin timbul rasa janggal.Bukan kerana hujahnya lemah. Bukan kerana penulisnya tidak bijak. Tetapi kerana hampir seluruh rangka hujahnya berdiri di atas rujukan derivatif—kebanyakannya tesis pascasiswazah dan artikel pasca tahun 2000. Saya mencari nama-nama besar yang menjadi akar kepada perbincangan itu. Saya mencari suara asal yang membentuk tradisi yang sedang dibincangkan. Tetapi yang saya jumpa ialah suara yang bercakap tentang suara yang bercakap tentang suara. Dan tiba-tiba saya sedar: mungkin masalah ini bukan masalah tesis itu semata-mata. Mungkin ini gejala yang lebih besar. Mungkin ini tragedi ilmu kemanusiaan hari ini. Dalam sains, obsesi terhadap penemuan terbaharu itu masuk akal. Jika seseorang men...

ENAM BELAS: KISAH UNTA DAN TALI

Image
Semakin tinggi pengkhususan ilmu, semakin sempit kebijaksanaan manusia. Seorang pemilik unta datang bertemu seorang pembuat tali di padang pasir. Katanya, “Aku perlukan tali yang baik untuk mengikat untaku yang akan minum dikolam sana, agar ia tidak terlepas dan sesat di padang pasir.” setelah itu pemilik unta pun pulang. Pembuat tali itu sangat mahir. Tangannya cekap. Simpulannya kuat. Ukurannya tepat. Dia pun mengikat unta tersebut pada sebatang pokok dengan talinya.   Tetapi esoknya, pemilik unta datang semula dengan wajah kecewa. “Tali engkau terlalu pendek,” katanya. “Untaku tidak dapat minum di kolam berhampiran walaupun hanya beberapa hasta dari tempat ia diikat.” Lalu pembuat tali itu menjawab dengan tenang: “Kepakaranku adalah membuat tali. Bukan mengurus unta.” Di situlah seluruh penyakit intelektual moden tersembunyi. Pembuat tali itu sebenarnya tidak gagal dalam bidangnya. Tali itu kuat. Simpulannya baik. Fungsi teknikalnya sempurna. Jika diukur dengan standard pr...

Bagaimana Edinburgh Abad ke-18 Mengubah Dunia Secara Drastik, Sedangkan Universiti Moden Tidak

Image
  "Seorang pedagang boleh berhujah dengan seorang ahli falsafah; seorang ahli geologi boleh dicabar oleh seorang ahli undang-undang" Bagaimana mungkin sebuah bandar kecil seperti Edinburgh pada abad ke-18 mampu mengubah dunia secara begitu drastik? Persoalan ini membawa kita kepada kekuatan luar biasa Scottish Enlightenment—bukan semata-mata pada kehebatan individu seperti David Hume, Adam Smith, dan James Hutton, tetapi pada ekologi sosial yang memungkinkan pertembungan idea berlaku secara terbuka, berterusan, dan merentas batas disiplin serta kelas. Di sinilah sebuah kota kecil menjadi pusat perubahan global—kerana ia memiliki ruang untuk berfikir bersama. Scottish Enlightenment memberi asas penting kepada dunia moden melalui tiga teras utama: empirisisme, kapitalisme, dan sains moden. Pemikiran David Hume mengukuhkan pendekatan empirikal berasaskan pengalaman dan pemerhatian, Adam Smith membentuk asas kapitalisme melalui teori pasaran bebas, manakala James Hutton menyumban...

Syarahan: Taksonomi Bloom dan OBE: Manifestasi Reduksionisme Liar dalam Pendidikan

Mengapa Falsafah Pendidikan Negara (PFN) gagal menghasilkan insan berkualiti yang mampu membawa negara kearah yang lebih baik. Ini adalah kerana walaupun FPN pada dasarnya bersifat murni, seimbang dan holistik, damun dalam pengoperasian, teknokrat (dalam artikel ini khusus tertuju kepada para pendidik, penggubal pendidikan bahkan para sarjana pendidikan) menggunakan sistem, proses dan kaedah yang membawa falsafah yang sama sekali berbeza. Percanggahan antara falsafah dasar dan falsafah operasi telah saya gambarkan dalam syarahan saya sebelum ini, Iaitu terdapat jurang antara failasuf dan sang teknokrat. teknokrat mengambil kaedah dan mekanisma perlaksanaan pendidikan yang diimpot dari pemikiran moden, yang mempunyai dasar falsafah yang berbeza dan oleh kerana itu, tanpa disedari, falsafah dasar yang murni hilang lenyap apabila kaedah perlaksanaan yang berdasarkan falsafah yang berbeza digunapakai. Apabila sirap dihidangkan dengan garam, ia tidak lagi manis, tetapi masin. Bayangkan, seo...

"Berikan Saya Parameter": Kisah krisis keilmuan dikalangan sarjana negara.

"Berikan saya parameter.." Beberapa tahu dahulu, didalam suatu perbincangan maya, isu kemunduran sistem pendidikan nasional menjadi topik perbincangan. Antara persoalan yang timbul, bagaimana kita memastikan kualiti pendidikan meningkat. Lalu seorang profesor mencelah, "berikan saya parameter yang terlibat, saya akan beritahu jawapannya"*. Ini boleh memberi tafsiran bahawa negara sedang mengalami krisis intelektualisme yang berat. Apabila seorang ilmuan meminta 'parameter' untuk diselesaikan dengan satu kaedah yang dia mahir, sebenarnya dia meletakkan dirinya ke status algoritma sahaja, menunggu input untuk menghasilkan output berdasarkan algoritma yang telah dipilih. Apatah lagi, pada hari ini, 2026, pengoperasian algoritma tidak perlukan kebijaksanaan seorang manusia, ilmuan seperti ini dengan mudah boleh digantikan dengan AI yang lebih pantas dan cekap menghasilkan jawapan melalui algoritma. Seorang Ilmuan, apatah lagi yang bertaraf profesor, sepatutnya s...

Apabila Jambatan Menjadi Saluran: Tragedi penulisan C. P. Snow dalam membawa saintisme ke arus perdana intelektualisme.

Pada tahun 1959, The Two Cultures and The Scientific Revolution , tulisan C.P. Snow, disampaikan dengan satu niat yang jelas: menjjadi jambatan penghubung jurang antara saintis dan sarjana kemanusiaan. Snow melihat dunia intelektual terbelah dua — satu memahami hukum termodinamik, satu lagi memahami Shakespeare — tetapi kedua-duanya gagal berkomunikasi. Dalam konteks pasca-perang, beliau menganggap jurang ini sebagai halangan kepada kemajuan manusia. Namun sejarah jarang tunduk kepada niat asal penulisnya. Apa yang menarik bukan apa yang Snow katakan, tetapi bagaimana tulisannya kemudian digunakan. Dalam usaha merapatkan jurang, Snow secara halus meletakkan sains sebagai rujukan utama kemajuan. Walaupun beliau tidak secara eksplisit mendakwa keunggulan epistemologi sains, struktur hujahnya memberi gambaran bahawa dunia masa depan memerlukan “literasi saintifik” sebagai asas — manakala kemanusiaan kelihatan tertinggal, bahkan hampir defensif. Di sinilah kesan tidak langsung bermula. Dal...

When Research Optimises the Wrong Future: Toward an Order-Based Taxonomy of Inquiry

Image
by Zaky Jaafar Contemporary universities expend vast intellectual, financial, and institutional resources on research that is undoubtedly necessary, yet increasingly insufficient when judged against the scale of systemic threats confronting society. The problem is not methodological weakness, nor a lack of diligence, but a persistent mismatch between the depth of inquiry and the depth of the challenges faced. Research is overwhelmingly directed toward problems that are legible within existing systems, while questions concerning the viability, direction, and desirability of those systems themselves are marginalised. In this condition, universities risk becoming highly efficient engines of performative problem-solving, addressing symptoms with sophistication while leaving structural trajectories largely untouched. This tendency is visible across domains. For example, in the Southeast Asian palm oil context, studies on water pollution, deforestation, or labour conditions are lower-ord...

Intelektualisme Teknikal dan Pengunduran Hikmah dalam Pendidikan Tinggi Malaysia

Oleh Fikir Lestari Dalam dua dekad kebelakangan ini, pendidikan tinggi di Malaysia telah melalui satu transformasi yang kelihatan kemas, tersusun, dan “profesional”. Bahasa yang digunakan semakin saintifik, sistematik, dan penuh dengan istilah seperti outcome, indikator, pemetaan, penanda aras, dan pematuhan. Namun di sebalik kemasan ini, satu persoalan yang jarang ditanya ialah: apakah bentuk intelektualisme yang sedang menguasai universiti kita? Jika kita meneliti latar belakang tokoh-tokoh utama yang membentuk dasar dan kerangka pendidikan tinggi negara, satu pola yang jelas muncul. Ramai daripada mereka bukan dilatih dalam bidang pendidikan, falsafah, psikologi pembelajaran, atau teori kurikulum, tetapi datang daripada latar belakang kejuruteraan, sains hayat, atau pengurusan teknikal. Sistem pemetaan OBE, dimana setiap aspek pembelajaran perlu dipetakan dan diukur secara mekanistik di Universiti, dihasilkan oleh Professor Kejuruteraan. Pengurusan pentadbiran dan pembelajaran Unive...

When the Engineer Appears: Ibnu Sirin's Warning

Image
  Fikir Lestari Classical Islamic dream interpretation does not function as psychology in the modern sense, nor as social critique in a direct, programmatic way. It operates symbolically, reading professions and objects as signs of underlying modes of being and acting in the world. Within this symbolic universe, the appearance of certain figures carries ambivalent or even ominous meanings—not because the figure is morally evil, but because of what it represents when detached from its proper place in the hierarchy of knowledge. One such figure is the muhandis (engineer, architect, surveyor). In several Arabic dream-interpretation manuals attributed to the tradition of Ibn Sīrīn (d. 110/728), the muhandis is associated with ruin or destruction. This interpretation has often puzzled modern readers, especially in an age that celebrates engineering and technical expertise as unambiguous goods. To understand the symbolism, one must first grasp how classical Islamic thought understood kno...

Sekularisme Hanyalah Tirai Asap: Modenisme sebagai Penjajah Senyap Akal Muslim

Image
Oleh Zaky Jaafar Dalam wacana umat Islam hari ini, sekularisme sering diangkat sebagai musuh utama. Ia dikaitkan dengan pemisahan agama daripada negara, peminggiran syariah, dan penghakisan nilai Islam dalam ruang awam. Selagi sekularisme berjaya ditolak—sama ada melalui dasar, simbol, atau retorik—kita berasa seolah-olah benteng intelektual dan rohani telah dibina dengan kukuh. Namun persoalan yang jarang ditanya ialah: adakah penolakan terhadap sekularisme benar-benar melindungi kita daripada kerosakan yang lebih mendalam? Esei ini berhujah bahawa sekularisme, walaupun bermasalah, sebenarnya hanyalah asap—satu penyamaran yang mengalihkan perhatian kita daripada kuasa yang lebih senyap tetapi lebih berkesan dalam membentuk tamadun moden, iaitu modenisme. Bahaya sebenar bukan sekadar persoalan di mana agama diletakkan, tetapi bagaimana ilmu ditakrifkan, bagaimana kebenaran dinilai, dan bagaimana institusi berfungsi. Sekularisme beroperasi terutamanya pada tahap politik, perundangan dan...