THE DESILO PRINCIPLES: SUATU KERANGKA EPISTEMOLOGI.
(Klik gambar di atas untuk muaturun)
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya banyak berkongsi pandangan tentang pendidikan, seni bina, universiti, sains, kapitalisme, AI, dan pelbagai isu masyarakat moden. Ramai yang mungkin perasan bahawa semua perbincangan itu sebenarnya berpunca daripada satu persoalan yang sama.
Akhirnya saya cuba menghimpunkan semuanya ke dalam sebuah manifesto ringkas bertajuk The Desilo Principles. Buat masa ini ia dalam bahasa Inggeris. Versi Bahasa Melayu akan menyusul.
Ia bukan sebuah buku akademik, bukan juga sebuah ideologi baharu. Sebaliknya, ia merupakan satu percubaan awal untuk memahami mengapa masyarakat moden semakin maju dari segi teknologi dan material, tetapi pada masa yang sama berhadapan dengan krisis makna, kebijaksanaan, dan keutuhan insan.
Saya tidak menganggap dokumen ini sempurna. Malah, saya sengaja menerbitkannya sebagai Versi 1.0, dengan harapan ia boleh diperbaiki melalui dialog, kritikan, dan pandangan daripada rakan-rakan yang pelbagai latar belakang.
Sekiranya ada masa, saya amat berbesar hati jika rakan-rakan dapat membacanya dan berkongsi pandangan secara jujur—sama ada bersetuju mahupun tidak. Kritikan yang membina amat saya hargai.
Terima kasih atas kesudian meluangkan masa. Semoga dokumen kecil ini menjadi permulaan kepada satu dialog yang lebih besar tentang bagaimana kita memahami manusia, ilmu, dan masa depan.
Zaky Jaafar, Julai 2036.

Comments
Post a Comment