PERANAN UNIVERSITI: IBARAT LAMPU YANG MALAP
sumber :gcedestin.com Universiti adalah institusi yang penting bagi sebuah negara. Ia ibarat kompas sebuah kapal, yang akan membantu mengemudi negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran. Ia juga institusi yang mahal. Banyak wang yang dicurahkan untuk membiayai universiti, namun begitu, nilainya hakikinya lebih tinggi dari jumlah wang yang dilaburkan. Ia ibarat sebuah lampu, menerangi masyarakat dan negara dalam memilih jalan yang betul dalam mencari kemajuan dan kemakmuran. Namun dalam senario hari ini di tahun 2024, ia ibarat sebuah lampu yang bersinar namun sinarnya tidak mampu memberi memberi cahaya kepada masyarakat, melainkan sedikit. Ianya ibarat lampu yang malap. Seandainya dinilai dari pandangan kasar, hal ini tidak sepatutnya terjadi, kerana saban tahun, kita dimaklumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bahawa sekian sekian universiti, rankingnya semakin meningkat menurut beberapa sistem penarafan antarabangsa. Beberapa univesiti awam negara berada dalam kelomp...
Comments
Post a Comment