Posts

Showing posts from December, 2024

Bloom’s Taxonomy And OBE: Manifestation Of Reductionism In Malaysian Education

Zaky Jafaar Reductionism has long been a source of concern for thinkers and scholars, as it has been linked to the degradation of several key institutions in modern society, including the economy, science, politics and education. This paper investigates the presence of reductionism in its more extreme form, or ‘wild reductionism’, within the Malaysian education system. Two key concepts have been identified as vessels for reductionism: Bloom’s taxonomy and Outcome-Based Education as interpreted by the Malaysian Engineering Education Council and adopted by many institutions.   Reductionism is evident in the paradigmatic framework of these two concepts. This paper explores the issues and criticisms arising from their adoptions are presented. The criticisms against both have been ignored by educators and policymakers in shaping the education ecosystem.   Bloom’s Taxonomy and Outcome-based Education is currently adopted as the basis of the Malaysian education framework. Amidst the ...

PENGAGUNGAN SHELDON DAN PEMINGGIRAN MISSY COOPER - GEJALA PENDIDIKAN MASAKINI

Dalam salah satu episod 'Young Sheldon', Sheldon diuji oleh sekumpulan pakar untuk menilai tahap kecerdasannya. Dia ditunjukkan lakaran lukisan sekumpulan chimpanzi yang sedang duduk diruang tamu sambil minum teh dan sedang berbual sesama sendiri. Sheldon diminta memberi pendapat tentang gambar itu. Bagi Sheldon ia hanya gambar empat ekor chimpanzi yang tidak realistik, tidak logik. Menurut Sheldon, cimpanzi tidak minum teh, tidak ada perabut ruang tamu yang canggih. Apa yang dilukis itu tidak lansung menggambarkan hakikat kehidupan chimpanzi. Bagi Sheldon, itu sahaja yang penting yang dapat diberitahunya.  Selepas Sheldon, Missy, adiknya pula diuji dengan gambar yang sama. Missy memberi banyak gambaran tentang apa yang berlaku, hanya dari imaginasinya sendiri. Dia cuba menelah apa kisah disebalik lukisan tersebut, tentang kegembiraan chimpanzi chimpanzi itu, tentang kemungkinan dua daripada mereka sedang bergosip. Berbagai telahan yang hanya berdasarkan imaginasi dilontarkan o...

MERUNGKAI KEMELUT PARADIGMA PENDIDIKAN NEGARA

(Kerangka Perbahasan dicadangkan untuk suatu wacana kebangsaan tentang pendidikan negara) Pada wacana Meja Bulat PEMIKIR yang ke 2, salah satu rumusan yang digagaskan ialah terdapat jurang di antara falsafah ketamadunan dan amalan teknokratik dalam pembinaan tamadun tersebut. Wacana kali ini akan cuba meneroka gagasan ini dengan membawa ke meja bulat perbahasan di antara falsafah dan teknokrasi, dan tema tumpuan kali ini ialah bidang pendidikan. Kali ini dua golongan di sebelah bertentangan jurang, iaitu golongan failasuf dan golongan teknokrat, akan berbahas di dalam suatu forum yang sama. Falsafah Pendidikan Negara menggariskan suatu matlamat yang jelas, holistik dan mapan dalam membangunkan Insan yang menjadi tunggak generasi akan datang. Namun apabila dilihat situasi pendidikan negara masakini, maka jelas terlihat pohon yang tumbuh adalah amat jauh dari hasrat falsafah yang indah ini. Meneliti perkembangan perbahasan pendidikan negara, terdapat kecelaruan pegangan, amalan dan penda...