Ilmu Rentas Disiplin: Dimanakah ia di Pengajian Tinggu?

 Keperluan ilmu rentas disiplin menjadi keutamaan perbincangan ilmiah dewasa kini. Ini kerana disedari bahawa ilmu yang terlalu khusus sesuatu bidang tidak dapat memberi sumbangan bermakna kepada dunia nyata. Seharusnya lebih banyak wacana ilmu rentas disiplin berlaku di universiti. Tapi apakah yang kerap dibincangkan oleh ilmuan pelbagai bidang ini bila ada diskusi rentas disiplin?

Jika diteliti, ianya bukanlah wacana ilmu untuk menyelesaikan masalah dunia nyata, tetapi kebanyakannya lebih kepada perkara2 pengurusan, teknik dan strategi untuk meingkatkan produktiviti universiti dan status universiti. Ia lebih bersifat kepentingan diri (diri disini bermaksud kepentingan universiti itu sendiri dan tidak menjurus kepada kepentingan masyarakat)

Contoh wacana rentas disiplin yang terjadi di universiti ialah, "kaedah mendapatkan geran antarabangsa, teknik menerbitkan di makalah berimpak tinggi, cara menulis kurikulum, cara menggunakan portal2 yang sekian banyak dan lain lain isu yang berkaitan. Tidak ada pertemuan sebegini membincangkan contohnya merungkaikan kemelut pendidikan negara, isu harga rumah, isu kemiskinan, isu alam sekitar. Sebaliknya wacana untuk isu2 sebegini sering melibatkan kelompok bidang tertentu sahaja. Jadi dimana berlakunya wacana rentas disiplin?

Sekiranya ilmuwan dari bidang berbeza berbengkelpun, kebanyakannya ilah untuk meningkatkan prestasi atau pun status universiti itu sendiri dan bukannya untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Contoh2 bengkel seperti ini ialah bengkel pemantapan strategi universiti, bengkel laporan sukuan pencapaian universiti, bengkel strategi penulisan, bengkel halatuju.

Pendekata ilmuwan dari bidang berbeza jarang duduk bersama untuk berbincang tentang penyelesaian isu masyarakat melalui pertemuan perspektif bidang ilmu yang berbeza. Sebagai contoh, untuk menyelesaiakn isu keselamatn dan kedaulatan makanan, kebanyakan wacana akan dipelopori oleh ilmuan bidang pertanian sahaja, kalau adapun bidang lain hanyalah dari segi tekonologi yang diperlukan untuk menyelesaiakn masalah2 teknikal.

Jarang pertemuan rentas disiplin yang melinbatkan bidang lain contohnya, pakar rekabentuk, pakar gerontologi, pakar ekonomi, pakar kewangan, pakar sains politik, pakar inovasi, pakar motivasi, dalam diskusi kesejahteraan makanan. sedangkan mungkin aspek2 ini menjadi titik masalah dalam sesuatu isu tersebut dan perlu dirungkai oleh pakar2 bidang tersebut.

Pada pendapat saya ini terjadi kerana epistemologi ilmu moden terlalu berderai, akibat dari ketaksuban pendekatan saintisme dan falsafah redaksionisme yang memerlukan penderraian fenomena dunia nyata. ia krisis sitemik yang perlu difahami dan dibincangkan di peringkat rentas disiplin.

Comments

Popular posts from this blog

Intellectual crisis in Malaysian Academia: In search of an overall philosophy

From Ubercab to Uber: The Needed Paradigm Shift in Malaysian Education

The Scientific mind and modern world crisis. (In search of an overall academic philosophy- part 2)