REDAKSIONISME DAN KEGANASAN: PANDANGAN VANDANA SHIVA
Vandana Shiva adalah seorang ilmuwan dari India yang terkenal dengan pandangan kritikalnya terhadap eksploitasi alam sekitar oleh sains dan kapitalisma. Dia juga dikenali diatas perjuangannya menjulang pertanian mesra alam dan menentang penghasilan pertanian GMO. Suatu artikel menarik yang ditulisnya bertajuk "Redaksonisme sebagai keganasan epistemologi ( Reductionist Science as Epistemological violence )" (1) memaparkan penentangan keras beliau terhadap redaksionisme dalam bidang keilmuan. Shiva melontarkan pandangan bahawa redaksionisme bukan hanya menjadi asas kepada teknologi keganasan perang dan kapitalisme liar, bahkan ia adalah ideologi ganas yang merobek keilmuan manusia melalui politik epistemologi. Beliau menyatakan keganasan yang dilakukan oleh redaksionisme ada dalam empat bentuk: Keganasan terhadap subjek ilmu Keganasan terhadap objek Ilmu Keganasan terhadap penerima ilmu dan keganasan terhadap ilmu itu sendiri. Antara kaedah redaksionisme kini menjadi dominan ia...