Catatan Log ekspedisi Sungai Bebar 16 dan 17hb September 2016
Catatan log Oleh Dr Mohamad Fakri Zaky bin
Jaafar.
Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan senibina, zakyjaafar@upm.edu.my
Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan senibina, zakyjaafar@upm.edu.my
Catatan ini merakamkan perjalanan ekspedisi
penyelidik UPM menyusuri sungai Bebar bagi tujuan meninjau potensi produk eko
pelancongan Sungai Bebar di atas Saranan YB ADUn Mukim Bebar. BEliau juga telah
menaja bot untuk ekspedisi hari ke 2.
Seramai 4 orang pensyarah UPM yang di ketui
oleh Dr Mohamad Fakri Zaky bin Jaafar telah melakukan tinjauan kesesuaian
aktiviti eko pelancongan di sepanjang Sungai Bebar. Pensyarah UPM yang Terlibat ialah:
1.
Dr Mohamad Fakri Zaky bin
Jaafar, FRSB
2.
Lar Nazri Saidon, Fakulti
Rekabentuk dan Senibina
3.
Dr.
Syaizwan Zahmir Zulkifli, Fakulti Sains,
4.
Dr Manohar Mariapan, Fakulti
Perhutanan
15hb September 2016
Petang 15hb September Kami bermalam di
Hotel Anjung yang terletak di Bandara Muazam. Malamnya kami telah pergi ke
Balai Bomba Muadzam untuk meminjam jaket keselamatan namun oleh kerana pengurus
balai tiada maka kami akan diberitahu pad paginya
Catatan dibuat berdasarkan minit perjalanan agar rujukan tentang jarak dan lokasi tempat dikenalpasti
Hari pertama 16hb September 2016 – Menghulu dari Jeti
Runchang
Setelah bersarapan Kami telah pergi ke
Balai Bomba dan mendapatkan 3 jaket keselamatan untuk dipinjam. Kira2 jam 8.30
kami bertolak dengan 2 kereta ke Agropolitan Runchang. Di situ Enchik Nasarudin
dari pejabat tanah Pekan dan Encik Roslan dari Toursim Pahang telah menunggu
dengan 4wd Pejabat Tanah Pahang. Encik Roslan tidak menyertai ekspedisi pad
pagi ini tetapi akan bersama dalam ekspedisi dari Nenasi esok.
Kira2 Jam 9.30 kami menaiki 4wd memasuki
kawasan Paya Gambut Runchang untuk ke Jeti Bot. Perjalanan sepanjang 8 km
mengambil masa kira2 20 minit. Kami tiba di Jeti dan Pak Juhi telah menunggu
kami dengan bot 5 orang.
10.11 Bot bergerak dari Jeti Runchang
10.13 Ternampak 3 ekor Burung Enggang Great
Hornbill.
10.17 Perjalanan terhenti kerana rumah
rakit terlepas tali dan merentang sungai. Lebih kurang lima minit rumah
tersebut berjaya dialihkan sedikit untuk kami teruskan perjalanan
Air agak keruh macam milo pekat tetapi
tidak hitam.
10.24 Balak melintang terpaksa ditolak
ketepi
10.26 Satu lagi rumah rakit melintang, juga
dapat dialihkan.
10.37 ternampak tempat pengumpulan kayu
medang teja di sebelah kiri tebing
10.39 Melalui rumah pengumpulan rotan
tetapi tiada orang dan tiada rotan ketika ini.
10.41 Terserempak dengan bot membawa keluar
Medang Teja oelh Orang asli.
10.45 Tiba di Kuala sungai Serai. Sungai
Serai cabang ke kiri, kami masuk ke sungai Bebar di Kanan.
10.47 Tiba di tempat perhentian ekspedisi
terdahulu. Dikatakan kawasan Kampung lama
Rumah Ran yang ditinggalkan oleh orang asli di pusat pengumpulan |
Pasung - cara peraih mengira julah medang teja yang dikumpul. isipadunya lebih kurang 6' x 5' x 5'. Jumlah ini dijual orang asli sebanyak RM200 |
10.54 Kami berhenti di Pusat Pengumpulan Medang
Teja, di tebing kanan. Terdapat beberapa struktur yang buruk. Tetapi di sini
jalan masuk ke kampung Durian. Rombongan memasuki ke tanah matang (keras)
dengan memijak papan balak yang diletakkan agar tidak memijak tempat basah.
Sebahagian kami memasuki ke Kampung Durian dan bertemu seorang penghuni.
11.52 Bertolak menghilir ke Jeti Runchang
12.20 Kami berhenti di kawasan pengumpulan
rotan dan berjalan kaki menghala ke kampung runchang untuk melihat kawasan
padang.
Bertemu dengan 4wd yang sedang berehat dan
menaiki 4wd.
Berhenti di padang patung dan Padang Siam
1.30 bertolak balik ke Muazam.
Menginap di Chalet Kg Merchung.
Hari ke 2 - 17hb
September 2016 – Mudik ke hulu dari Jeti NElayan NEnasi
NAzri bersama AH GU, tuan bot |
8.30 pagi bergerak ke Jeti Nelayan Nenasi
(10km)
9.13
Bertolak dari Jeti Nelayan Kg Nenasi dengan 7 orang
termasuk En Roslan TP, pemandu dan pemandu arah. Bot tiada bumbung.
9.30 Nampak Burung Enggang (Oriental Pike?)
Terdapat beberapa bot berlabuh di tebing
kiri dan kanan sungai.
9.38 Sepasang ‘crested serpent eagle di
kiri sungai
9.41 terjumpa lagi sepasang helang (atau
mungkin pasangan yang sama, tak pasti)
Ternampak beberapa lading sawit dan getah
di kiri dan kanan tebing sungai,
9.44 seekor Lotong di atas pokok di kiri
tebing
9.45 Ladang sawit betul2 di gigi sungai
Sehingga kini, 4-5 ekor biawak dilihat
merintasi sungai
9.52 2 rumah rakit di kiri dan kanan sungai
Sekelompok rasau hanyut mula dilihat dan
terdapat di kedua2 tebing
Rumah rakit ke 4/5 di lihat
9.56 Rumah rakit ke 6,7 & 8 mula di
lihat
Kebun2 dilihat dan setiap satunya ada rumah
orang asli
Rumah rakit ke 8
10.01 di tebing kanan terdapat lading sawit
yang luas
Air mula kelihatan hitam dan pantulan pemandagan seperti cermin |
10.02 air mula kelihatan gelap, Rasau
semakin banyak disamping beberap kelompok mengkuang
10.10 Air semakin hitam. Pokok rasau mula
bersusun di kiri kanan. Hutan masih biasa
10.14 tak kelihatan kebun dan ladang hanya
hutan.
10.15 Kebun ubi dan sebuah rumah orang asli
di kiri
Banyak dedaun dan batang rasau hanyut mula
kelihatan. Dalam kelompok seperti pulau yang sangat kecil. Matahari di belakang kami sejak mula
10.23 kelihatan di kiri kawasan yang telah
diteroka dengan luas, tapi tak Nampak apa yang di tanam
10.25 populasi mengkuan yang agak besar di
antara rasau
10.32 Lebar sungai 100-120’, matahari
berada di hadapan tetapi di sebelah kanan sedikit, kami sedang menghala utara.
10.33 Terlihat pokok rengas kerbau jalang
yang tinggi di tebing kiri. Bahaya alahan kulit
10.37 kawasan diteroka untuk pertanian
dengan luas di sebelah kanan
10.39 Kawasan berpotensi untuk menjadi jeti
di sebelah kanan.
Burung Raja Udang telah dilihat sehingga
kini mungkin 5 ekor.
10.44 Ladang getah sebelah kanan
10.46 pylon tnb , kabel merentang sungai
10.58 kelihatan kawasan berpotensi untuk
jalan masuk ke hutan sebelah kiri
10.59 Kelihatan kawasan yang dibakar untuk
diteroka di sebelah kiri
11.01 Sampai ke Kuala sungai MErba di lihat
di sebelah kiri
11.06 lebar sungai dianggar 100’
Air kelihatan keruh kecoklatan dan buka
hitam
11.09 Kawasan yang dibakar agak luas di
sebelah kanan
11.15 Air masih Kecoklatan
11.17 Kelihatan perangkap Tapah di sebelah
kiri
11.21 Mungkin rumah rakit yang ke 20
11.25 kawasan yang dibuka luas
11.26 Kawasan hutan yang terang setelah di
bakar sebelah kanan
11.32 Lebar sungai mengecil sedikit sekitar
50’-80’. Air masih kecoklatan
11.43 kelihatan rumah agak besar atas tiang
dibina dan ada bendera Malaysia.
11.44
Tiba di Jeti Runchang
Berhenti seketika naik ke rumah rakit.
Tiada Penghuni.
12.02 Bertolak ke hilir semula
12.50 atas permintaan Dr Syaizwan kami
berhenti melihat Jaring yang dipasang oleh penduduk tempatan di sebelah kiri.
Tiada Ikan ditemui
12.51 Sampai ke Muara Merbau dan air hitam
semula
1.25 Berhenti di kiri tebing kerana pemandu
ingin buang air. Kawasan yang dibuka agak luas dan terdapat struktur pondok
yang ditinggalkan. Dr Manoharan mengambil beberapa foto dalam air menunjukkan
air yang jernih
1.35 bergerak semula ke hilir
1.37 Pokok Rengas di Sebelah kiri. Air
kelihatan mengalir perlahan ke hulu, mungkin air pasang
1.44 Air di sini semakin hitam dan jernih
2.06 Kesan air naik pada pangkal rasau dan
tumbihan lain (setinggi 1 kaki) menujukkan kesan seolah2 lumpur, namun air
hitam.
2.08 petang, air sungai mula menghijau,
menunjukkan kesan air laut
2.32 Bangau terbang atas kepala, Kable TNB
mrintang sungai
12.34 pokok nipah dan bakau mula dilihat.
Seekor burung Puchong juga di lihat.
12.36 sepasang helang siput di lihat
Kabel TNB tiga line
12.41 sekumpulan 16-20 ekor bangau putih
terbang mengiringi dan berpusing di sekitar bot kami
12.50 Tiba di Jeti Nelayan NEnasi.
Comments
Post a Comment