Posts

STOICISM: PEMANGLIAN TAMADUN ERA VUCA

Terbaca tentang stoicism. Kisah Seneca, sang penasihat nero, dan Aurelia, sang maharaja adil yang melupakan cinta hidupnya. Mungkin bijak pandai zaman ini terperangkap dengan falsafah ini? Memuliakan diri dengan rasional stoic sedangkan dunia semakin hampir kepada kezaliman total. https://psyche.co/ideas/dont-be-stoic-roman-stoicisms-origins-show-its-perniciousness

REDAKSIONISME DAN KEGANASAN: PANDANGAN VANDANA SHIVA

Image
Vandana Shiva adalah seorang ilmuwan dari India yang terkenal dengan pandangan kritikalnya terhadap eksploitasi alam sekitar oleh sains dan kapitalisma. Dia juga dikenali diatas perjuangannya menjulang pertanian mesra alam dan menentang penghasilan pertanian GMO. Suatu artikel menarik yang ditulisnya bertajuk "Redaksonisme sebagai keganasan epistemologi ( Reductionist Science as Epistemological violence )" (1) memaparkan penentangan keras beliau terhadap redaksionisme dalam bidang keilmuan. Shiva melontarkan pandangan bahawa redaksionisme bukan hanya menjadi asas kepada teknologi keganasan perang dan kapitalisme liar, bahkan ia adalah ideologi ganas yang merobek keilmuan manusia melalui politik epistemologi. Beliau menyatakan keganasan yang dilakukan oleh redaksionisme ada dalam empat bentuk: Keganasan terhadap subjek ilmu Keganasan terhadap objek Ilmu Keganasan terhadap penerima ilmu dan keganasan terhadap ilmu itu sendiri. Antara kaedah redaksionisme kini menjadi dominan ia...

Reductionist conditioning through peer reviewed Academic Journals.

I see academicians proudly post the acceptance of their papers in q1q2 journal on their fb wall with pride.  It is my believe, the more you publish in this manner, the more your mind are being conditioned with reductionist habit. In short, im sorry to say, the chase for meeting career advancement requirement in academia is actually is a dumbing down process where brilliant minds are trained to operate only on fragmented scale. So when these minds are trusted to lead academia, or higher education, they start with setting out fragments of measurable but not necessarily meaningful aims. Of course i need to add that there is an inherent reductionistic paradigm running deep in these scientific journals. Problems are broken down into tiny chuncks, then they use ready made analytical tool to come up with 'explanation'.  Ingraining scientific mindset is NOT by teaching people to do  scientific paper, which is only a mechanical and final process of explaining a phenomenon. What we...

Deconstructing Reductionism: Is Gestalt the answer?

( A repost of mine from fb group 'Soul of University on 31st Dec 2021 ) I read this article with intrigue. The same construct we see is ruining HE. However this article is recommending employing gestalt (big picture mentality) to remedy the problem. But i think this will only add a third layer system which would only exacerbate the problem. I would still prefer slicing open the "Gordian knot", since it is already a big ball of mess. We need to deconstruct the tools n mechanisms we wittingly put in place in higher education that currently is ruining it. Zaky Jaafar 31st Dec 2021 Here's the link: https://www.paulemerich.com/blog/2016/07/25/reductionism-may-be-destroying-education-but-theres-something-we-can-do-about-it

Desakan Kebolehpasaran Siswazah hanya Menyusutkan Nilai Universiti.

Image
(Sumber foto: english.com) Sering terdengar pentadbir Universiti melaungkan slogan "kebolehpasaran graduan". Pada hemat saya, ini suatu amalan songsang yang perlu dihentikan. Ia serupa memaksa pelajar jurutera memfokus kepada kemahiran memandu sedangkan sepatutnya mereka belajar tentang enjin dan kejuruteraannya. Sekali2 tidak dinafikan, bahawa negara perlu membangunkan sektor pendidikan dan latihan dalam membina kebolehpasaran generasi baharu yang melangkah ke alam pekerjaan, tetapi tempatnya BUKANLAH di universiti. Selojiknya, kalau mahu cemerlang dalam "pasar(an)", pergilah belajar di pasar(industri),  Tidak pelulah menghabiskan masa 4 tahun di universiti yang pengajarnya bukan orang pasar(industri) pun. Bayangkan, antara skil2 kebolehpasaran ini sangat mudah, kemahiran komunikasi, menulis surat rasmi, menggunakan ict, menulis minit mesyuarat, menggunakan perisian2 tertentu, berbahasa dengan cekap, matang dalam komunikasi. Sebahagiannya boleh diperolehi melalui k...

Menghapuskan Kanser Pemikiran Di Pendidikan Tinggi (dan banyak perkara lain juga)

Image
Foto: Pinterest @nyadversary Permasalahan Dunia di era RI4.0 dan pasca pandemik sangat bergejolak dan tidak terduga. Pendekatan saintifik yang bersifat reduksionis yang meminggirkan faktor2 yang tidak mampu diukur akan menyebabkan sebarang penyelesaian bersifat cetek, singkat dan mudah terbarai. Manusia dilihat seperti jentera yang boleh dibaraikan dan setiap bahagian dicanai satu persatu, tanpa memikirkan jiwa yang parah dek pembaraian tersebut. Ini adalah kerana faktor yang memacu tindak tanduk masyarakat sangat banyak, berbagai, berubah2, disamping sangat rumit untuk dijangka. Pendekatan saintifik konvensional tidak lagi mampu menjangka perubahan dan transformasi masyarakat, alam dan teknologi yang begitu pantas berubah dan saling mengubah antara satu sama lain.  Paradigma reduksionisme dan mekanistik sangat berguna untuk pengurusan kilang, atau di dalam bidang perubatan contohnya. Namun, tidak seperti keberkesanannya dalam pengurusan kilang dan perubatan, pendekat...

KISAH PROFESOR DEMAM

Sebuah satira diambang merdeka. =============== Alkisah seorang professor disebuah universiti bertaraf antaraplanet. Dia merasakan sesuatu yang tak kena dengan senario kesarjanaan universitinya. Terlalu sibuk menjaga status antaraplanet sehingga lupa masalah planetnya sendiri. Ini kerana proses pendokumentasian untuk jaga status itu terlalu banyak.  Dia amat risau akan hal ini sehingga dia demam. Lalu dia berjumpalah dengan seorang yang berpangkat bos2 di universitinya, iaitu seorang profesor juga. Professor demam: saya rasa kita terlalu sibuk dengan karenah pendokumentasian, sampai tak sempat fikir soal kesarjanaan. Boleh kita ubah? Profesor bos: Boleh, tapi kenalah tunjuk secara saintifik masalah ni wujud atau tidak. Macamni lah, awak dapatkan data. Minta dana, minta geran. Buat proper researchlah. Professor demam pun buat research, dapat geran 100,000. Kumpul data satu planet. Selepas setahun, profesor demam bertambah demam, tapi kajiannya siap. Prof Demam: ini data dalam artike...