Universiti Mengejar ranking, sarjana mengejar KPI, masyarakat hentam keromo.
Dipetik dari FB posting di internet... ---------------------------------------------------------------------- Universiti mengejar ranking, sarjana mengejar KPI, masyarakat hentam keromo. Apa peranan universiti sebenarnya ya? Pendapat saya yang paling penting ialah mendidik masyarakat supaya lebih berilmu, dan kemudiannya menghasilkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi Sepatutnya apa yang keluar dari unversiti adalah pengetahuan yang mendidik masyarakat menjadi lebih baik dan maju. Samada dalam bentuk penulisan ataupun dalam bentuk sumber manusia yang berkemahiran dan berpotensi menjadi ejen perubahan negara dan dunia. Tetapi kita lihat kebanyakan yang masyarakat Malaysia baca adalah berita dan maklumat yang datang dari berbagai sumber, DAN kebanyakannya bukan dari universiti. Mana kah tulisan2 berilmu dari universiti? jawabnya banyak terkumpul di dalam majalah2 akademik berprestasi tinggi yang tak mampu di baca oleh orang awam, Bahkan sarjana dari bidang yang lain pun tak...